Pages

Saturday, October 23, 2010

Nasi Kerabu

Nasi Kerabu tok first time lah aku mamam and merasa benar-benar dilabuan tok. Dolok masa di cmcc ada juak Agnes beli bulan posa mek duak sungkei sama-sama, tapi sik pasti gilak ku camney sebenarnya rasa nasi kerabu tok. Just want to share with you all the recipe that I copy from iluvislam's blog. Nya pun dapat resepi tok dari Resepi.net. So happy sharing...

Nasi:

4 cawan beras
4 cawan air
1 batang serai dititik
2 inci kunyit hidup, ditumbuk lumat
Sedikit isi cekur, ditumbuk lumat

Cara memasak nasi utk Nasi Kerabu:
Bersihkan beras dan tanak seperti biasa bersama-sama dgn serai, kunyit & cekur.

To all of you guys yang sik tauk what is cekur. Let me explain. Menurut sumber yang aku dapat dari internet, cekur atau nama saintifiknya KAEMPFERIA GALANGA LINN, ialah sejenis tumbuhan kecil yang tumbuh dengan cara melebar diatas tanah. Cuma ada dua hingga tujuh helai daun jak. Daunnya licin, bujur and then hujung daunnya runcing. Mempunyai bunga berkaler putih-ungu. Pernah juak ku mamam bunga cekur tok dolok, mak long berik. Ada nya tanam kat depan rumah.



Kegunaan cekur:

Sebagai bahan perisa
Sebagai bahan tonik
Merawat kentut berlebihan
Menghilangkan angin dalam perut kanak-kanak
Membantu masalah penghadaman
Terseliuh
Sakit gigi
Pas ya, ubi cekur baik untuk memecahkan lemak, memanaskan badan
Melembutkan kulit, menghilangkan gatal dan menghilangkan daki
Boleh mencegah keguguran bagi wanita yang bermasalah
Boleh menghilangkan gatal tekak

Sumber dari:http://linaherbs.blogspot.com/2008/07/cekur.html

Hehe... Interval jap... Ok sambung balit resepi nasi kerabu...

Cara menghidang:
Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Letakkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili padi jeruk, tumis budu atau belacan (boleh guna salah satu jak) pastu ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung (choose lah mana satu lauk yang ktk org berkenan, jgnlah semua... hehe)

**Hidangan ini bolehlah juga dihidangkan bersama lauk-lauk kegemaran yang lain seperti rendang, ayam masak merah, kurma, kerutuk dan lain-lain.

Sambal Kelapa

1/2 biji kelapa parut
1 camca teh garam
2 camca besar gula
5 biji bawang merah, ditumbuk lumat
Sehiris halia, ditumbuk lumat
10 biji lada hitam, ditumbuk lumat

Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan dan sangai atas api kecil hingga agak kering. Kemudian tumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.

Sambal Ikan

5 ekor ikan kembung, dibakar dan diambil isinya
5 biji bawang merah
Sehiris halia

Cara-cara:
Tumbuk bawang merah, halia garam dan sedikit gula. masukkan isi ikan kembung dan tumbuk lagu sehingga hancur. Masukkan bahan-bahan ini dalam kuali dan sangai hingga kering.

Cili Padi Jeruk
Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai. Campurkan 1 camca teh garam, dua sudu besar gula dan 1/2 cawan cuka. Perapkan selama dua jam, kemudian kisar tapi jangan terlalu lumat.

Tumis Budu atau Belacan (salah satu jak pilih, mok makei budu kah atau belacan)
1 senduk budu atau 2 inci belacan dibakar
5 biji cili kering
5 biji bawang merah ditumbuk
2 biji bawang putih
Sehiris halia
1 batang seari, dititik
Sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
102 biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2 sudu air asam jawa

Cara-cara:
Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat. masukkan bahan-bahan tumbuk, budu atau belacan, serai, gula merah dan air asam jawa. Masak lagi hingga pekat dan agak kering. sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Ulam-ulaman (kesemua bahan dihiris halus kecuali taugeh)
2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
1 tangkai bunga halia @ kunyit - jika ada
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemangi
2 batang kangkung
5 batang kacang panjang
1 kuntun bunga kantan
1/2 biji timun
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih jeruk
1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya

Solok Lada
10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
1/2 biji kelapa parut putih
5 biji bawang merah
sehiris halia
2 ekor ikan kembung, diambil isinya sahaja
sedikit garam, gula dan serbuk perasa
1/4 cawan santan pekat

Cara-cara:
Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan akhir sekali ikan. Tumbuk lagi hingga lumat. Campurkan dalam kelapa parut dan sebatikan. sumbatkan kedalam lada yang telah dibuang biji tadi. Susunkan kedalam periuk. tuangkan santan pekat dan rebuskan hingga kering.

Ikan Goreng Celup Tepung
5 ekor ikan, dibersihkan dan tos
1/2 cawan tepung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:
Bancuh tepung beras bersama air kapr, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang. Panaskan minyak. Celupkan ikan kedalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.

Hish... payah ada jak nak masak nasik kerabu tok. Bagus beli jak... hehe. Ok happy cooking...

No comments:

Post a Comment