Pages

Saturday, December 10, 2011

My Baby Haikal's Progress...

Newborn Haikal...

image_2


One Month Old Haikal...

image_3


Two Months Old Haikal...

image_1

Sik sabar nunggu Haikal besar... hehe... and this coming monday... 12/12/2011.... Haikal will be 3 months old... yaayyy....

Sunday, November 20, 2011

Resepi Donut Ball

Donut Ball

bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung

Cara-cara:

Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.

Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.

Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.

Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.

Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

Monday, September 19, 2011

My Baby Haikal



Salam semua... Lamak dah sik apdet blog.... tentetennnnn.... Mak boyong dah meletop.... 12hb September ya tek Mak boyong meletup kohh heyhhh.... sik sempat nak blogging agik kotan tek busy gilak... tok ada lapang sikit rasa nyawa, baby pun tengah tido, baruk pulang dari klinik tek check kuning nya lagik, alhamdulillah turun kuning nya dari 8 ke 4. Ari jemat tok last check. Mudahan juak makin turun.


Aku nak kongsi sikit pengalaman ku sebelum deliver first baby... 10hb ya tek... masa ya dalam lebih kurang pukul 5 pagi lah, cun dak bapak ngan mak mentua ku nak pulang ke miri... dah say gudbye pa indah tek eh... pegilah ke jamban nak shee shee... sekali ada darah, mok sik mok terpaksa pegi ke hospital limbang kinek-kinek ya juak. Nasib juak beloved husband dah ada di limbang time ya... suppose kan due aku 9hb september... Aho-aho tek nak, dah sampei hospital, alu register, alu kenak check... Masa check ya pintu rahim baruk bukak 1 cm... Nasib juak hubbyku dah ada dilimbang juak time ya...


Dipendekkan cerita... malam 11hb... pukul 10.... aku dah mula rasa sik selesa... sakit-sakit dah rasa pinggang ngan belakang... tapi lom dak extreme gilak sakitnya... berlarutan sampei keesokan harinya 12hb... pukul 1 petang... check punya check... dah 6cm bukak... so kenak soh masuk labour room... dalam labour room ya... dipecah cdak nurse air ketuban ku... pintu rahim dah bukak 8 cm... tapi baby's head gik sikmok turun... minus two... nak dijadikan cerita... baby dah berak juak dalam tummy ku, oleh kerana ya... doktor molah decision nak menyizer jak aku tok... (c-sec)... pukul 2 lebih masuk operation room... pukul 3.35 petang Haikal bin Faizal pun selamat dilahirkan....nakkah kenak bius half body... masa baby Haikal diangkat keluar dari perut... berasa aih... rasa ringan & kosong jak perut ku... hehe... x lamak lekak ya... ada dengar bunyi baby nangis... sepanjang masa aku kenak operate ya... oleh kerana lelah nahan labour pain lamak gilak & kesejokan lam operation room... aku anso-anso jak masa kenak operate, tertido... pas ya cdak gerak bangun soh kiss Haikal... Cdak mbak Haikal keluar and start gam perut aku balit... hehe... from that moment on... i'm officially a MOTHER... heheh... jadi Mak jak... boyong dah sekda gik... I LOVE MY BABY...



Tuesday, September 06, 2011

TERCIPTA UNTUKKU

Menatap indah nya senyuman diwajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata
Yang tak mampu ku ungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu
Ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu
Ku selalu milikmu
Yang mencintaimu

>> Mun aku dengar lagu tok nak... teringat balit ngan suasana masa mek org member-member semua gik masih sama-sama di kuching dolok... Happiest moment ada... Saddest moment ada... Semua pun ada masa ya... Experienced lots of things...

Thursday, August 25, 2011

Korean Drama - 49 Days

















Picture taken from >> http://welcometohappysworld.wordpress.com
Source: http://yuyaindou.blogspot.com/2011/02/korean-drama-49-days-drama-korea.html

Synopsis

The story is about a woman who falls into a coma after a car accident. To revive, the Death Scheduler gives her 49 days to convince three people (apart from her parents) to shed genuine/sincere tears for her. To fulfill her mission, she enters the body of another woman.
Plot

In "49 Days," Shin Ji-Hyun (Nam Gyu-Ri) falls into a coma after a car accident. Making matters all the more tragic, her wedding was right around the corner.

Meanwhile, Song Lee-Kyung's (Lee Yo-Won) soul becomes possessed by Shin Ji-Hyun's spirit. Song Lee-Kyung then comes across Han-Kang (Jo Hyeon-Jae), who was Shin Ji-Hyun's first love.

If the three people who truly love Shin Ji-Hyun cries for her within 49 days then she will survive.
Character Description

Han Kang (Jo Hyun Jae) is Shin Ji Hyun’s childhood friend/first love. He is a loner – moody, remote and cold. He lost his parents at a young age and grew up without any familial affection. He finds himself in a complex relationship with Song Yi Kyung as herself and when she is possessed by Shin Ji Hyun’s spirit. Will Song Yi Kyung/Shin Ji Hyun be able to convince him to shed genuine tears for his childhood friend?

Song Yi Kyung (Lee Yo Won) is the woman whose body will be possessed by Shin Ji Hyun’s spirit. She has nothing to live for; she is depressed and thinking of taking her own life. How will being possessed by another person’s spirit affect her attitude towards life?

Shin Ji Hyun (Nam Gyu Ri) is the comatose woman. She is rich, happy and well-loved. She goes into coma after figuring in a car accident a week before her wedding. The Death Scheduler gives her a chance to go back to her life if she can convince three people (apart from her parents) to shed genuine tears for her within 49 days. To do this she will be allowed to possess the body of another woman. What truths will she find out about herself and the people she loves? Will she make it back to the land of the living or not?

Song Yi Soo (Jung Il Woo) is the Death Scheduler. He is responsible for guiding souls to the afterlife. He is quite impulsive. He is also honest and is very curious and interested in the world around him.

Kang Min Ho (Bae Soo Bin) is Shin Ji Hyun’s fiance. He is a graduate of Seoul National University, with an MBA from the U.S.A. He has had a tough childhood, but he faces the unfairness of Providence with his own determination and wit and achieves success, which accounts for his cold heart masked under a warm smile. Will he shed genuine tears for his fiancee, Shin Ji Hyun?

Shin Eun Jung (Seo Ji Hye) is Shin Ji Hyun’s bestfriend; she works as a secretary in Ji Hyun’s father’s company. She is smart but selfish. She is also a cultured, strong-willed career woman who uses love to achieve her desires. She personifies the new term “icy city girl”. She is ambitious and unscrupulous, and in a society with pre-defined social classes, she even betrays her best friend. Will she change to shed genuine tears for her friend in time to help her back to life?

Monday, August 22, 2011

Manic Monday

Six o'clock already
I was just in the middle of a dream
I was kissin' Valentino
By a crystal blue Italian stream

But I can't be late
'Cause then I guess I just won't get paid
These are the days
When you wish your bed was already made

It's just another manic Monday
I wish it were Sunday
'Cause that's my funday
My I don't have to runday
It's just another manic Monday

Have to catch an early train
Got to be to work by nine
And if I had an air-o-plane
I still couldn't make it on time

'Cause it takes me so long
Just to figure out what I'm gonna wear
Blame it on the train
But the boss is already there

It's just another manic Monday
I wish it were Sunday
'Cause that's my funday
My I don't have to runday
It's just another manic Monday

All of the nights
Why did my lover have to pick last night
To get down
Doesn't it matter
That I have to feed the both of us
Employment's down

He tells me in his bedroom voice
C'mon honey, let's go make some noise
Time it goes so fast
When you're having fun

It's just another manic Monday
I wish it were Sunday
'Cause that's my funday
My I don't have to runday
It's just another manic Monday
I wish it was Sunday
'Cause that's my funday
It's just another manic Monday


Sunday, August 21, 2011

Missing My Hubby....

Rite now 2.25 a.m. Aku di Limbang dah. Sorang dirik, missing my hubby sooo damn much rite now... Aku balit dolok sebab takut terberanak di labuan kelak mun aku nunggu 26hb... Mata sikmok lelap gik buat masa tok... So sik tauk apa nak polah. Cable handphone lupak... mun sik dapat upload gamba. Nak shee shee tapi takut gi belakang sorang-sorang... hehehe... tunggu cdak mamatua bangun sahur lok lah...

Journey aku dalam express labuan-limbang marek ada juak dalam duak jam gia. Nasib bait cdak express ya bukak cita fast five. Siklah aku boring gilak. Nasib bait juak duduk sebelah bala-bala dak boi juak. Ada juak dengan bercerita. Dah juak Haiqal dalam tummy sik pandey berehat... Jadi siklah aku selesa sepanjang journey to limbang marek. Nak terkemeh jak-jak ntam Haiqal... Rite now pun sik tahan juak rasanya nak shee shee tok. Apa boleh buat bah sekda org neman... huhuhu... but he's on top of my bladder, bergoleng berganggak nya dalam perut ku tok.... Arghh... Sabar okay hana... tunggu sekejap gik dak tok semua bangun sahur...

Wednesday, August 17, 2011

Lagu Raya

Dalam banyak-banyak lagu raya.... lagu raya nok ney yang ktk orang paling suka. Aku tok suka ngan lagu raya nok lamak marek jak. Lagu raya kinek-kinek tok eh sekda umphhh.... Paling ku suka dengar lagu M.Nasir... Satu Hari Di Hari Raya... Antara lagu-lagu lain nok ku minat juak:
  • Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone)
  • Suasana Hari Raya (Sharifah Aini)
  • Kepulangan Yang Dinanti (Aman Shah)
  • Selamat Hari Raya (Saloma)
  • Seloka Hari Raya (Uji Rashid & Hail Amir)
  • Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Sudirman)
  • Selamat Hari Raya (Ahmad Jais)
  • Aidilfitri (Sanisah Huri)
  • Pulang Di Hari Raya (Noor Kumalasari)
  • Menjelang Hari Raya (D J Dave)
  • Selamat Hari Raya (Fazedah Joned)
  • Dendang Perantau (P Ramlee)
  • Bersabarlah Sayang (Sanisah Huri)
  • Bila Takbir Bergema (Rafeah Buang)
Lagu lamak tok nang ku dah madah... semua best-best.... Okeh, nak layan lagu raya lok pagi rabu tok... urang lain kerja, aku layan lagu raya... best sik... Juh layan lagu M.Nasir...


Tuesday, August 16, 2011

Issue Golden Butter Churn Sik Halal

Macam-macam dah dunia kinek tok. Dolok xda kita kenak nok kedak tok. Asal ari nak raya, golden butter churn lah dolok dicarik. lom dak start posa gik dah bebeli, pakei molah kuih. Takut abis. Horlick gia juak. mun last-last minute nak meli huh... kirim salam jak... sik ampit oii... So kinek tok terpaksalah kita makey butter jenis lain k molah kuih raya ngan biskut raya. Duak tiga ari lepas aku molah biskut cornflakes madu makey butter tok...
Buatan Malaysia... ada websitenya sik salah ku... www.frizz.com.my
Byk juak product lain nok dipolah daknya... Ada cop halal, jangan riso... Masa aku gik masih di kuching marek (seblom ku belaki n pindah ke labuan tok) salu meli barang k molah kuih rah indiastreet. Apa nama kedei ya owh... Hak Hak mun sik salah ku... Yalah tek, Mun dah last-last minute kita baruk nak bebeli barang rah Hak-Hak ya jangan harap nak meli barang dgn perasaan aman damai, mun sik kita habis betemu buntut betemu gigi ngan urang lain sik sah. Perlu diingat ktk orang juak, time tok lah dak pesaok semua bekerja juak. Dak henbeg ya jaga-jaga oii... ujong makey taik idong kita mayar barang nok kak dibeli... kotan tek sik sedar henbeg kita dah dibisak oleh pesaok makey pisok... wallet pun dah xda agik... Time kedak tok juak lah style urang tua lamak marek berguna... hehe... pernah sik ktk orang nangga dak ninek-ninek ktk orang ngkah beg duit kecik nok saiz besar henpon, rona cekelet dalam baju dalam... Arwah ninek ku dolok kedak ya aih... Yalah sik gago nya nak terkereh-kereh ngembak henbeg... ya juak gago barang nok lam plestik byk dibeli, ya juak gago ngirit henbeg kehulu kehilir... bagus ngkah purse kecik lam baju dalam jak ney ndak... hehehe... Pickpockets pun sekpat nak ncuri... Missed her very much... My Mak... Rindu ngan family di kuching... Masok thn tok dah duak thn aku sik balit raya... Plan nang nak raya di kuching... Tapi what to to... Mak boyong nak meletup ari raya tok... sekpat nak ke cney-cney dolok... Pic tok masa mek duak mak pegi klinik gigi rah satok... bulan posa juak... mak nak molah gigi palsu pakey nya raya... Nya madah nya nak makan kacang... sikmok gik nya makan kacang nok dah ditutok.... sekda rasa katanya... Rindu ngan mak ehh... Moga roh semua ahli keluarga ku nok dah xda gik dicucuri rahmat... dan mudahan semua ditempatkan dgn org-org yang beriman.... Aminn...

Raya 2009... Last raya ngan Mak

Anakbuah... Rindu ehh...

Time tok... abang jak dah kawen... AJ blom ada gik

Time tok... Kak nani baruk kawen, AJ dah ada...

Monday, August 15, 2011

DupDapDupDap jantong...


Pagi senen... org semua turun kerja aku rilek melansut dirumah... best ada juak sik kerja... tapi ati tok dupdapdupdap nunggu something dari somewhere... (apakah reti ya aku sorang jak tauk). Mudahan semua nya kedak nok diexpect aku. Mudahan sekda papa, mudahan sidak panel molah keputusan dengan rasional, bukan berpandu dengan bukti nok direka-reka oleh orang melaya gila nok sik sedar diuntong ya... dah besar kali SETAN nok idup dalam badan nya ya... SETAN BERTOPENGKAN MANUSIA... mun ekot ati nak ku korek ku segala dak lubang perut nya ya, kotan nak nangga apa benda burok gilak dalam perut nya ya... sama ajak ngan member2 nya nok duak ikok ya. Belom gik betemu bukuk ngan ruas miak melaya gila ya ngan member-membernya... satu ari kelak ada nok dioleh nya... mun sik aku, urg lain merik pengajaran ngan nya ya. Tapi Tuhan agik maha adil kelak merik balasan ngan nya ya... Aminn....





Sunday, August 14, 2011

Honey Cornflakes


Resepi Honey Cornflakes

Bahan-bahan:
  • 325gm Cornflakes (hancurkan sikit so that senang mok ngkah lam cup)
  • 250gm Butter
  • Honey (5 sudu makan)
  • Gula (2 sudu makan)
Cara-cara:
  • Panaskan butter dalam kuali, dah butter cair masukkan honey ngan gula. Biarkan mendidih jap pas ya terus masukkan cornflakes... gaulkan sehingga sebati...
  • Masukkan adunan cornflakes nok dah dimasak ya tadik dalam cup, bakar dalam oven suhu 150 darjah celcius for about 4 - 5 minutes. Buat sampei adunan habis....
  • Sejukkan kan, and simpan dalam tin/container kedap udara...
Happy Baking... :)


Friday, August 05, 2011

Menganiaya Orang Lain

Aku heran. Kenak sesetengah org melayu eh sik pandey senang nangga orang lain senang. Mun lain bangsa tek sikpa juak (bukan sikpa camney, bagus jeles nangga bangsa lain maju, motivated sikit kita nak memajukan dirik, ney ndak). Maka melayu sama melayu, agama Islam, sik nya tauk kah apa dosa orang nok suka menganiaya orang lain tok. Melainkan org nok dianiaya kita ya willing nak forgive kita, jangan harap kita tok nak hidup senang kohhhh heyhhhhhh..... Ingat oiii dik kakak... dunia tok berpusin... sik nya ktk orang ya diatas sentiasa.... ingat juak, ada masa pandey juak ktk orang ya di debah.... mun sik terusuk telentang ngak-ngak kedak orang nok dijaik ktk orang juak dolok, kali terok agik ktk orang sakit dari sidak nya nok dijaik oleh ktk orang ya.... Bukan nak doa nok jaik pakey orang, tapi ya namanya karma... buat baik insyaallah dibalas baik, buat jahat ya.... dapat balasan di akhirat kelak. sik nya nampak kinek-kinek you....

Thursday, August 04, 2011

Resepi Ayam Masak Sos Tiram

Bahan-bahan:

500 gram ayam ( aku prefer makey parts wing nya )
Bawang besar
Halia
Cili kering
Sos tiram
Garam & ajinomoto secukup rasa
Minyak (of cos, pakei menggoreng n menumis)

Cara-cara:

- Mula-mula potong and basuh ayam bersih-bersih. Pas ya gaul ngan garam ngan ajinomoto. Goreng sampei kaler brown sikit. (aku suka gorengnya sampei kulit ayam ya crispy, nyemzzz). Pas ya put aside ayam yang dah digoreng tek.
- Hiris bawang besar ngan halia (hiris cam biasa jak), cili kering ya pun gunting jak cam biasa. Pas ya Tumis bawang ngan halia sampei wangi, ngkah sos tiram (ekot taste ktk org, mun suka byk sos, tuang se-nggak-nggak nyawa ktk org, mun suka sikit, tuang sikit jak, duak tiga sudu kah, depend ngan banyak ney ayam ktk org ya). Pas ya ngkah sikit air. Perlahankan api, tunggu kuah nya pekat sikit. Pasya bolehlah masukkan ayam nok dah digoreng previously tek.
- Ada cgek gik option, mun ktk org mok kuah nya pekat, ngkah sikit bancuhan tepung jagung. Mun sik just let it be lah, nyemzz juak aih. Last sekali, ngkah lah ktk org cili kering ya tek.
- Boleh lah hidang, mamam ngan nasik panas kah, nasik sejuk kah, sukati ktk org.... ekot selera masing-masing....

Happy cooking...

Tuesday, July 26, 2011

Can't Wait for That Day to Come...

Sik sabar rasanya nunggu EDD mek sampei... Finally he will be out of my tummy.... and I can hug him... kiss him.... snuggle with him....

Rite now he's kicking my tummy so hard... sampei out of shape dah perut mummy nya tok...

Hope everything will be okay... Wish all the best for us okay...

And DENG... I love you so much... Thank you for being there for me all the time....

Thursday, July 14, 2011

Cheddar Cheese Cake



Bahan-bahan



  • 250 g mentega

  • 230 g gula kastor

  • 4 biji telur Gred A

  • 80 g keju cheddar, didadu sederhana besar

  • 100 ml susu UHT

  • 280 g tepung gandum

  • 1 camca teh baking powder


Cara-cara




  1. Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.

  2. Tambah kiub-kiub keju dan gaul adunan hingga sebati.

  3. Satukan tepung bersama serbuk penaik dan diayak. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu UHT hingga habis. Gunakan speed perlahan. Gaul rata.

  4. Tuang adunan ke dalam loaf tin yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas pada dasarnya. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak.

  5. Boleh juga ditaburkan keju cheddar parut diatas adunan kek sebelum membakar (jika suka....).

Sumber dari: Mat Gebu http://www.myresepi.com/top/detail/613

Life is a challange

Minggu tok minggu yang amat tough lah bagi aku. Diharap semuanya selamat dan nasib is on my side... hopefully. Otherwise nang a very big disaster is going to happen... But hopefully I will manage... Ya Allah Ya Tuhanku... mudahan semuanya selamat... Aminn YaRabbalAlaminn....

Monday, July 11, 2011

Resepi Cup Cake simple


Bahan-bahan ( 13 biji )



  • 110g mentega

  • 110g tepung naik sendiri

  • 100g gula kastor

  • 2 biji telur

  • pewarna hijau/pandan

  • esen vanilla

Cara-cara




  1. campurkan kesemua bahan dan putar selama 3 minit

  2. isikan 1/2 adunan kedalam paper cup

  3. bakar selama 35 minit pada suhu 170



Bahan-bahan ( Boleh hias sebiji kek 1 kilo )



  • 250gm butter

  • 150gm shortening

  • 250gm icing sugar (diayak dulu)

  • 2 sudu besar susu segar

  • Pewarna ikut suka


Cara-cara



  1. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu...

  2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut

  3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata...

Sumber dari: http://www.myresepi.com/

Wednesday, July 06, 2011

Resepi Biskut-Biskut yang macam best jak...

Sumber dari : http://www.familiazam.com/biskut.htm



BISKUT JEJARI CONTINENTAL

Bahan-bahannya:
200 gram mentega
60 gram gula pasir
1 sudu esen vanila
250 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
40 gram topping coklat
40 gram topping coklat putih




Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan masukkan esen vanila.
2. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
3. Gunakan piping bag untuk membentuk biskut tadi mengikut cita rasa sendiri.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit.
5. Setelah biskut tadi sejuk, cairkan coklat menggunakan "double-boiler" dan hiaskan biskut tadi dengan menggunakan piping bag daripada
kertas yang dibentuk seperti kon dengan lubang yang kecil.
6. Susunkan biskut tadi di atas dulang dan tekankan coklat ke atas biskut sambil menggoyang-goyangkan tangan agar coklat tersebut jatuh ke
atas biskut dengan sama rata.






BISKUT GAJUS

Bahan-bahannya:
200 gram mentega
100 gram gula aising
1 biji telur
5 gram esen vanila
50 gram tepung jagung
100 gram tepung gandum
5 gram garam
10 gram gajus
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila.
3. Kemudian masukkan garam dan campurkan tepung gandum dan tepung jagung.
4. Uli bahan tersebut hingga sebati dan bentuk adunan tersebut seperti buah gajus dengan meletakkan biji gajus di hujung adunan tadi. Sapukan telur ke atas biskut tersebut.
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit.






BISKUT BIJAN

Bahan-bahannya:
100 gram bijan
70 gram gula pasir
100 gram shortening
1 biji telur
110 gram tepung
Cara membuatnya:
1.Gula dan shortening dipukul hingga kembang.
2. Masukkan telur, tepung dan soda bikarbonat dan uli hingga sebati.
3. Bentuk adunan mengikut cita rasa sendiri dan taburkan bijan di atasnya.
4. Bakar pada suhu 180°C selama 15 minit.





BISKUT COKLAT CIP

Bahan-bahannya:

600 gram mentega
450 gram gula pasir
350 gram gula perang
4 biji telur
500 gram cip coklat
240 gram tepung jagung
1 kg tepung gandum
15 gram serbuk penaik
400 gram kacang walnut
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur perlahan-lahan kemudian masukkan coklat cip dan walnut yang dicincang.
3.Gaulkan tepung, serbuk penaik dan tepung jagung ke dalam adunan dan gaul rata.
4. Dengan menggunakan sudu makan letakkan ke atas dulang pembakar setiap sudu sehingga habis.
5. Bakar dalam ketuhar selam 15 minit pada suhu 180°C.





BISKUT KELAPA BERCOKLAT




Bahan-bahannya:
160 gram putih telur ayam
200 gram gu!a pasir halus
2 sudu air perahan lemon
1 sudu kulit lemon yang diparut
100 gram coklat masakan yang dicairkan
250 gram serbuk kelapa segera
Cara-cara membuatnya:
Pukul putih telur dan gula pasir. Panaskan di atas api kecil dan masukkan air perahan lemon dan kulit lemon, Kacau sehingga sebati. Angkat dan sisihkan ke tepi.
Tambahkan campuran kelapa dan kacau rata.
Dengan menggunakan dua sudu makan, cedok adunan dan letakkan adunan di dalam loyang yang telah disapukan dengan mentega.
Bakar selama 15 minit. Angkat dan dinginkan.
Celup satu demi satu biskut (separuh sahaja) itu ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan dan biarkan beku.
Hidangkan. Untuk tahan lama, simpan di dalam bekas yang kedap udara.






KUIH MAKMUR





Bahan-bahannya: ( lebih kurang 80 kpg )
Bahan2 doh :-
1 1/2 kg tepung gandum
250 gm mentega - lembut (Golden Churn)
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu kecil garam halus
Bahan2 inti :-
600 gm kacang tanah
250 gm mentega - lembut
400 gm gula serbuk
sedikit garam
*secukup gula kastor atau gula serbuk untuk tabur

Cara-cara membuatnya:
Cara2 membuat doh
1. Pukul mentega dan minyak sapi hingga 1/2 kembang dan masukkan tepung sedikit2 dan uli hingga boleh dibentukkan. Bubuh sedikit pewarna hijau jika ingin kuihnye kelihatan seperti daun.
2. Ambil sedikit adunan,leperkan dan isikan dengan inti yg telah disediakan. Sepit diatasnya seperti bentuk daun kemudian atur dalam dulang pembakar dan bakar dengan suhu 150’C selama 25-30 minit. Setelah masak,tabur rata dengan *gula.
Cara2 membuat inti, haruslah disediakan lebih awal :-
3. Kacang tanah dibakar dalam oven. Dibuang kulitnya dan dikisar halus. Kemudian dicampurkan dengan mentega dan gula dan digaul sebati.
4. Ambil sedikit inti dibulat-bulatkan seperti guli-guli kecil dan disimpan di dalam petisejuk.Tujuannye supaya inti tidak berderai ketika diisi ke dalam adunan doh.









CHOCO BALL




Bahan-bahannya: ( 15 biji )



70g tepung
30g serbuk koko
50g gula aising
2 sudu besar minyak masak
2-3 titik esen vanila (takde pun takpe)
1/4 sudu kecil baking powder
gula aising secukupnya
2 sudu besar susu segar
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada 180’c
2. Letak dalam mangkuk tepung, baking powder, gula dan serbuk koko. Gaulkan biar sebati.
3. Masukkan minyak dan vanila. Kacau lagi
4. Masukkan susu. Kacau sampai jadi berketul
5. Ambik adunan tadi, letakkan dalam beg plastik. Tekan-tekan biar jadi padat.
6. Kemudian bulatkan kecil-kecil dalam 12-17g.
7. Bakar selama 15 minit. Kemudian sejukkan sekejap
8. Lepas tu boleh tabur gula aising .






CORNFLAKE MILO

Bahan-bahannya: ( 10 orang )
100 Gram Mentega
100 Gram Cornflakes
100 Gram Serbuk Milo
4 Sudu Makan Golden Syrup
Cara-cara membuatnya:
1. Cornflakes di hancurkan (sederhana) disimpan di tempat bekas
2. Masak mentega hingga cair di api yang sederhana besar
3. Sudah cair masukkan golden syrup (kacau hingga sebati)
4. Masukkan Milo (Kacau hingga sebati)
5. Bila sudah sebati tuangkan kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan.
6. Bulatkan lah semasa masih panas.
7. Bila dah selesai masukkan kedalam peti sejuk (lagi sedap)






BISKUT NESTUM KISMIS





Bahan-bahannya: ( 100 Keping )
250gm butter
100gm kismis
3 cawan tepung gandum
3 cawan nestum
1 1/2 cawan gula halus
Telur 1 biji
Cara-cara membuatnya:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur esen vanilla, pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan nestum, gaul.
4. Masukkan pulas kismis dan uli adunan ikut bentuk yg digemari.
5. Bakar pada suhu 180’c selama 20 minit.






BISKUT KACANG





Bahan-bahannya: ( 200 biji )
600gm tepung gandum
600gm kacang tanah (disangai & dibuang kulit)
400gm gula castor (boleh ganti dgn gula halus)
1 cwn minyak Knife (tambah sekiranya perlu)
1 biji telur ayam
Cara-cara membuatnya:
1. Blend kacang hingga halus.
2. Masukkan kacang, tepung gandum dan gula castor ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
3. Masukkan putih telur. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati.
4. Buatkan bulat-bulat kecil. Susun atas dulang (rapat-rapat pun tak mengapa, adunan ni kembang sikit saja).
5. Sapu kuning telur & hiaskn dengan kacang. Bakar 10-15 minit, api sederhana.






Happy sharing...

Wednesday, June 29, 2011

-_-

Apa nak polah tok. Suppose ari tok tek mek org pun bonus ngan increment keluar. Tapi yalah tek, selfish punya management, sik pikir pekerja, kenak delay lagik. Tunggu ajaklah. Hopefully keluar lah tgh bulan tok... Aminnn.....

Monday, June 27, 2011

Resepi Tart Nenas Cream Cheese



Bahan-bahan



  • 300 g mentega - lembut

  • 250 g cream cheese

  • 600 g Top Flour / Tepung Gandum - diayak

  • 1 sb esen vanilla

  • 1 sb gula kastor / gula icing

  • inti nenas secukupnya

Cara-cara





  1. Pukul mentega dan cream cheese hingga rata dan masukkan gula,garam dan vanilla dan pukul terus hingga kembang.


  2. Masukkan pula tepung sedikit2 dan uli hingga mendapat doh yg lembut.


  3. Jika adunan masih melekit ditangan,tambah lagi tepung secukupnya dan uli lagi hingga doh boleh dibentukkan.


  4. Canai doh dan terap dan bubuh inti nenas ditengahnya. Bakar hingga garing dan warnanya kekuning-kuningan.


Bahan-bahan ( untuk 150-200 biji tart nenas )



  • 2 tin nenas (satu tin lebih kurang 250g)

  • 250gm gula

  • sedikit pewarna kuning (ikut suka warna yang disukai)


Cara-cara



  1. Keluarkan nenas dari dalam tin dan blend bersama air nya sekali. Kemudian tapiskan nenas yang telah diblend tadi - ketepikan air dan bolehlah dibuat jus nenas ;)

  2. masukkan nenas yang telah ditapis ke dalam periuk dan campurkan dengan gula.

  3. Masakan di atas api perlahan dan sering dikacau (takut hangit)

  4. Stelah inti agak kering, masukkan sedikit pewarna kuning atau apa2 warna yang disukai.

  5. Kacau inti sehingga warna rata dan terus kacau sehingga adunan likat.

  6. Jika inti telah agak kental (terasa berat sedikit jika dikacau) bolehlah dimatikan api dan disejukkan sebelum digunakan untuk buat kueh tart nenas.

Saturday, June 25, 2011

Resepi Biskut Mazola




Bahan-bahan



  • 200gm tepung gandum

  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus

  • 100 gm gula -kisar halus

  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya

  • Kuning telur



Cara-cara



  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dan kacang kisar.

  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.

  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.

  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.

Zon Ingga...

Tok ku molah zon ingga dik mpun lam blog ku tok. Jeles ngan kak lehot... Pembukak tirey pakei zon ingga ku mpun kali tok eh, ingga sak ati nyawa lubang perut ngan urang nok eksen gago nak kakar omputeh, tapi eh sak jak tebalit tebungkang segala dak gereymmar nya. sik tentu ke pas ten kah prezen ten kah spelling kah.... sukati nya meleygor jak.

Coba dah nama kita tok tauk dirik kita mpun tek bakok, bekelakar lah dalam bahasa ibunda kita mpun tek nak. Mun sik pakei bahasa melayu kah... tok sik gago juak nak klala omputeh... aiheh... eran nyawa ku lok... bak kata kak lehot, nak mintak tereyka kali muka kau ya nak... tok tek ada juak kait mengait dgn topik kak lehot lam cats fm ya, bahana fesbuk. toklah nya juak tek, lam fesbuk lah menatang tok tek nok diingga ku gilak ya tek...

Nak ku komen kelak lam fesbuk ya malas juak ku eh... ujong berumbak sik pasal-pasal. Bagus ngereypak sorang dirik lam blog, ati puas...

Tuesday, June 21, 2011

Resepi Biskut Cerelac

Bahan:


500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)


600-800 gm tepung gandum (sampai boleh dicanai)


16 oz ghee (1 tin ghee yg kecik) -448g


12 oz gula aising (1 oz = 28 gm) – 336gm


1 sudu teh soda bikarbonat


Cerelac (perisa susu) / Susu nespray


Cara-cara:


1. Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul ghee dan gula halus hingga sebati.

3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati. Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit-sikit dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.
4. Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana

5. Bila dah masak sira dengan susu Nespray. Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak payah bakar sampai kekuningan.

Friday, June 03, 2011

Resepi Cheddar Cheese Cake

Bahan-bahan ( 8" )



  • 140g Butter

  • 140g Margarine

  • 180g Gula Kastor

  • 3 Telur Grade A

  • 200g Tepung gandum

  • 30g Susu Tepung

  • 6g Baking Powder

  • 75g Cheddar Cheese

Cara-cara



  1. Pukul butter, margarine dan gula sehingga gebu

  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang

  3. Masukkan campuran tepung, susu tepung dan baking powder dan cheddar cheese. (Tinggalkan sedikit untuk ditabur diatas kek tapi, kalau nak buat topping cream, jangan letak sprinkles cheese ni nanti liat)

  4. Masukkan adunan kedalam bekas berukuran 8” dan taburkan parutan cheese dan gula kastor

  5. Panaskan oven selama 15 minit dan bakar adunan pada suhu 180°c selama 40 ke 50minit atau sehingga masak. Jika untuk cupcake, hanya penuhkan 2/3 dan bakar pada suhu 170°c for 20 -25 minit

Friday, May 20, 2011

Kek Batik

Rasa cam nak molah kek batik jak this week...

Bahan-bahan:


  • Sebungkus biskut marie (patah2 kan)

  • 1/2 buku butter

  • 2 biji telur

  • 1/2 cawan serbuk koko

  • 1 cawan milo

  • 1 cawan susu pekat

  • 1/2 cawan air

  • 1 cawan biskut marie (kisar halus)

Cara-cara:


  • Patah-patahkan biskut

  • Dalam periuk, campurkan koko, milo, air, susu pekat. Dgn api sederhana kacau semua sampai larut.

  • Masukkan butter dan kacau sampai cair.

  • Masukkan biskut marie yang sdh dikisar, terus kacau hingga sebati.

  • Kecilkan api, masukkan telur. Kacau sampai adunan agak pekat. Padamkan api.

  • Masukkan biskut yang sdh dipatahkan tadi dan kacau sampai semua diselaputi coklat.

  • Masukkan dalam loyang, tekan2 biar padat dan masukkan dalam peti sejuk before dipotong dan dihidang utk mamam...

Wednesday, May 18, 2011

-_-

Life. Aku sik tauk apa nak dipadah tenteng life ku kinek tok. Happy kah aku tok, sik happy kah aku tok, aku pun sik pasti juak. tapi yang pasti aku rindu ngan family. Aku sik sangka labuan tok jauh gilak kedak tok, mun setanah ngan kuching, miri ngan limbang aku sik lalek. Bila-bila masa aku nak balit, aku boleh balit k keta. Insyaallah satu hari kelak, bila life mek duak boi dah okay sikit, stabil, aku akan pulang juak ke tanahair ku mpun, Sarawak.

Monday, May 16, 2011

Rasa Nak Molah Chocolate Cake...

Kek Coklat(Kukus)

Inspired from myresepi.com


Bahan-bahan



  • 1 cawan gula

  • 1 cawan susu segar perisa coklat

  • 1 cawan minyak

  • 3/4 cawan milo/koko

  • 3/4 cawan horlicks

  • 1/2 cawan susu pekat manis

  • 1 1/4 cawan tepung gandum

  • 1 sudu teh soda bikarbonat

  • 1 sudu teh baking powder

  • 4 biji telur


Cara-cara




  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder


  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.


  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.


  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.


  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.


  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.


  7. Angkat dan sejukkan.

Friday, April 22, 2011

Something is really moving in my belly.... feels so nice... hehehe

Wednesday, March 23, 2011

My First Belly Scanning

Kotan bingung gilak tek nak.... alu lah aku ngajak boi gi scanning.... sakit perut tok pelik gilak rasanya... tapi alhamdulillah semua ok jak... doktor madah baby sihat, mummy pun sihat... nampak gik ya nya garuk palak nya lam belly ku.... berpusin-berpenin nya lam perut, hehe... let me share some pic k...








Monday, March 21, 2011

Aku kinek tok dalam dilema. Gney gik gaya nak nambah darah tok. Daging dah ku makan, hati lembu dah ku makan, sayo bayam jak gik belom. seumo hidup ku tok, lom pernah ku masak sayo bayam. mamam sayo bayam nok dimasak oleh mak ku adalah. tapi sayo bayam adalah sayo yang jarang-jarang ku mamam. once in a blue moon jak kali.

mula-mula masa ku gi klinik bebuloh aku sik kenak aim, sebab semua cukup, kali kedua ku pegi, pandei kurang darah indah. apakah kejadian nya sik cukup makan makanan berkhasiat alu lah kurang darah..... kenak suruh tambah makan pil, pegi check-up duak minggu sekali.... kali ketiga ku pegi lepas duak minggu ya tek.... bertambah sikit darah ku, tapi masih dalam perhatian.... tok hujung bulan tok pegi gik check.... mudahan makin bertambah lah darah ku tok... coba sesiapa yang ada pengalaman tok tulong-tulongkan juak aku tok camney cara mok nambah darah gik tok...

aoklah, last week, boi ada came across cgek advertisement tok dalam mudah.my, ada org jual kabinet dapo, murah giler, duakploh inggit jak. cash and carry lah. mek duak boi tek berkenan lah konoknya tek. ingat malam nak gi nangga, tapi yalah tek, barang kedak ya murahnya neylah dapat nak dirizeb2, lalulah dah ada org lain meli, poneklah mek duak boi tok tek nak meli kabinet dapo murah. sekpalah, bukan rezeki. lain tahun jak.

lamak sik ngerepak gitok lam blog. sekda masa nak naip panjang2 sbenanya... okies, udah gik ngerepak tok. simpan k posting lain hari gik. daa...

My 4 Months Belly




Friday, March 11, 2011

Buhsan!!!!!

Aku fed-up keja ctok. Ntahlah. Management nya pelik gilak. Ngantar urg pegi training, tiket sik disediakan, beli dikpun lok, claim dudi. Sama ya juak mun claim dudi, duit company juak, apa salahnya company yang beli tiket staff. Nya pikir semua org ber-du gilak, dah tiket mahal nak mampus. cifitifilingfing bofodofo. dahfahlahfah lofokekfek. berferkifirafa.

Monday, February 28, 2011

RINDU SETENGAH MATI

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

Reff:
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati
aku rindu setengah mati ....

aku rindu setengah mati kepada mu
sungguh ku ingin kau tau
ku tak bisa hidup tanpa mu
aku rindu.................

Saturday, February 12, 2011

SABTUDAY

Hari sabtu yang ceria, aku nak molah nasi ayam. Teringin rasa nak mamam nasik ayam polah dikpun. Teringat ngan family di kch ngan limbang.

Thursday, January 13, 2011

Back Pain... huhu

Dah ada back pain ney nak molah owh... tahan lah nyawa tok... mun sik, sik dapat bersesah, nyidei baju, masak, nyapu lantey... Alamak kulit kaki gik terkupas tok... heheh. Macam-macam jadi eh. Masa nak trn keja tek ingat pegi klinik nak cek jak sakit perut ngan belakang tok, sekali kenak berik duak hari mc. Alhamdulillah. Esok nak pegi klinik kesihatan ibu & anak gik di bebuloh nun. nak g ready semua barang lok k. chow.

Wednesday, January 12, 2011

Pregnancy Week by Week

Mother:

Your nausea may actually get worse this week as your hormone levels rise. Remember it's called morning sickness, but it can strike at any point of the day. Your breasts may tingle, feel heavy, the areola (dark nipple portion) may become darker.

Avoid changing cat litter for there is a risk of toxoplasmosis. Let someone else do this duty for while. Toxoplasmosis can cause problems with pregnancy or your newborn, but most women who have cats have already had toxoplasmosis, and just believed it to be the flu. So don't get rid of the cat, just let someone else change the litter.

Baby:

Another busy week for your baby. By the end of the week your baby will be 4-6 mm Crown to Rump (CR). The larynx starts to form as does the inner ear. The lining of the placenta begins developing but the placenta will take over production of the hormones in week 12.

The heart is bulging from the body and circulation is well established. Limb buds appear this week. And the primordia of the liver, pancreas, lungs, and stomach are evident. Transvaginal ultrasound can pick up 86% of the fetal poles with heart motion, and 100% of the yolk sacs at this point.


Dad/Partner:

It's not easy watching the mom-to-be in your life feel ill. Be sure to ask her what you can do to help. Sometimes a cool wash cloth for her face and neck is helpful, sometimes bringing her a snack before she gets out of bed can help and sometimes she just wants to be alone.


Reference: http://pregnancy.about.com/


Tuesday, January 11, 2011

KEROPOK LEKOR LOSONG

Bahan-bahannya
7 ekor ikan selayang / kembong
5 sudu besar tepung kanji/sagu/ubi kayu
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya
1. Bersihkan ikan dan ambil isi dan kulitnya sahaja.
2. "Blend" isi ikan tadi sampai hancur ( jangan gunakan air). Gunakan mesin blender untuk "blend" kering. (Dulu orang pakai lesung).
3. Campurkan garam dan tepung tadi.
4. Uli sehingga sebati.
5. Uli bahan-bahan tadi sebati dan bentukkan ia memanjang (sejengkal).
6. Rebus dalam air mendidih. Pastikan air betul mendidih.
7. Bila keropok itu timbul menandakan ia telah masak.

*info..
Bagi orang Terengganu, keropok rebus lebih sedap dimakan berbanding yang digoreng. Akan tetapi, kebanyakan orang luar menganggap keropok rebus sebagai keropok mentah. Jadi mereka hanya akan memakan keropok yang digoreng sahaja.

Oleh itu tambah satu lagi proses...

8. Sejukkan dan bolehlah di goreng.
Resepi Pencicah Keropok
Bahan-bahannya
400ml air
150gm gula merah
3 sudu besar cili kisar
60ml air dicampur dengan
1 sudu makan asam jawa
2cm kiub belacan
garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya
1. Jerang semua bahan hingga mendidih.
2. Perlahankan api dan
3. Renihkan hingga pekat kemudian angkat.

Monday, January 10, 2011

Wonderful News

5 Januari 2011 bersamaan dengan 30 Muharam 1432 Hijrah aku dapat sigek very-very goodnews utk kmk duak laki bini.... Aku preggy.... Sikmok nak over excited dolok lah... tok masih early stage juak, minggu tok baruk nak masuk 6 weeks. I have to be extra careful with myself rite now. Wish me all the best ok...

UPT yang aku polah b4 pegi jumpa doktor to reconfirm on the 6th jan. Ada dua line, so positif lah ya kan. hehe. Happy gilak.