Pages

Tuesday, January 24, 2012

Resepi Kimchi



Macamana nak buat Kimchi, bahan-bahan utk resepi ini adalah:

2 kubis cina (saiz besar)
230g garam batu
air

Sos Kimchi:

10 sudu besar sos ikan
10 sudu besar serbuk lada merah
1 biji bawang besar
4-5 Ulas bawang putih
1 biji buah pear kuning
1 sudu besar garam
1 / 2 sudu besar gula
sedikit halia
4 batang daun bawang

Cara-cara:

Mulakan dengan memotong kubis Cina kepada bahagian kecil, dan kemudian rendam dalam air yang banyak dan tambah kira-kira 180g garam. Biarkan kubis berendam selama kira-kira 4-5 jam.

Untuk membuat sos masukkan semua bahan-bahan dalam blender kecuali daun bawang, kisar sehingga agak halus dan potong daun bawang kepada bahagian kecil dan tambah ke dalam bahan yang sudah dikisar tadi.

Setelah 4-5 jam, angkat sayur kubis tersebut, basuh dengan air bersih dan toskan. Setelah ditos masukkan kedalam bekas dan tambah sos Kimchi, gaul dengan tangan sehingga sebati, rasa kimchi mestilah masin, sekiranya tidak cukup masin tambah lagi 50g garam jika perlu.

Akhirnya masukkan Kimchi dalam beberapa balang, biarkan dalam peti sejuk selama seminggu, dan siap untuk makan. Kimchi tahan disimpan untuk sekurang-kurangnya 6-12 bulan.

Lama-kelamaan rasa kimchi akan menjadi lebih masam, jika ia menjadi masam gunakan Kimchi untuk membuat sup atau stews, ini kerana semakin masam kimchi tersebut akan menambahkan lagi keenakan sup atau stew anda. Di korea, membuat sup dan stew dengan menggunakan kimchi yang sudah lama adalah perkara biasa.

No comments:

Post a Comment