Bahan-bahan:
200g tepung hong kong
120g tepung jagung
300g gula halus
10 biji kuning telur
9 biji putih telur
4 sudu makan ovalet
2 sudu makan baking powder
2 auns susu ideal
2 auns mentega (dicairkan)
Bahan utk cream & toppings:
1 bar cheddar cheese (diparut)
1 bar philadelphia cheese & 1 tin kecil susu manis (pukul kedua bahan hingga sebati)
*setelah cake siap, sapukan adunan philadelphia cheese & susu manis diatas cake dan lepas itu taburkan cheddar cheese yang sudah diparut diatasnya...
*sekiranya anda mahu mempelbagaikan cara hidangan kek cheese ini, anda boleh membakar adunan kek kepada dua bahagian, kemudian cream bolehlah disapu pada bahagian tengah lapisan kek tersebut. Kemudian sapu bahagian atas seperti biasa dan tabur cheddar cheese yang sudah diparut.
Cara-cara:
- Asingkan putih dan kuning telur.
(untuk kek yang lebih gebu, pukul putih telur sehingga betul-betul kembang. cara untuk mengetahui putih telur itu benar-benar kembang atau tidak, terbalikkan bekas adunan putih telur tadi, sekiranya putih telur itu melekat dalam bekas dan tidak terkeluar dari bekas, maka anda sudah berjaya memukul putih telur sampai kembang. adunan kek akan jadi fluffy sekiranya diadun dengan betul)
- Di satu bekas lain, pukul kuning telur dengan gula,kemudian masukkan ovalet, susu ideal dan pukul sehingga kembang.
- Masukkan tepung hong kong, tepung jagung baking powder dan mentega.
- Baru masukkan adunan putih telur dan pukul lagi.
- Untuk membakar adunan, guna api atas bawah, 200 darjah celcius dalam 15-20 minit (kepanasan depends dengan oven anda masing-masing. make sure to panaskan dulu oven sebelum memasukkan adunan kek tadi)
Kalau you guys nak bakar kek ni dalam bekas cup cake pun boleh... lagi cute outcome dia... as usual masukkan half adunan ke dalam setiap bekas cup cake, tak kira bekas cup cake kecik ke besar, bakar dalam oven. Pas tu dah masak boleh hias ngan cream & toppings.
Happy baking guys... :)
No comments:
Post a Comment