Pages

Wednesday, July 06, 2011

Resepi Biskut-Biskut yang macam best jak...

Sumber dari : http://www.familiazam.com/biskut.htm



BISKUT JEJARI CONTINENTAL

Bahan-bahannya:
200 gram mentega
60 gram gula pasir
1 sudu esen vanila
250 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
40 gram topping coklat
40 gram topping coklat putih




Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan masukkan esen vanila.
2. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
3. Gunakan piping bag untuk membentuk biskut tadi mengikut cita rasa sendiri.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit.
5. Setelah biskut tadi sejuk, cairkan coklat menggunakan "double-boiler" dan hiaskan biskut tadi dengan menggunakan piping bag daripada
kertas yang dibentuk seperti kon dengan lubang yang kecil.
6. Susunkan biskut tadi di atas dulang dan tekankan coklat ke atas biskut sambil menggoyang-goyangkan tangan agar coklat tersebut jatuh ke
atas biskut dengan sama rata.






BISKUT GAJUS

Bahan-bahannya:
200 gram mentega
100 gram gula aising
1 biji telur
5 gram esen vanila
50 gram tepung jagung
100 gram tepung gandum
5 gram garam
10 gram gajus
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila.
3. Kemudian masukkan garam dan campurkan tepung gandum dan tepung jagung.
4. Uli bahan tersebut hingga sebati dan bentuk adunan tersebut seperti buah gajus dengan meletakkan biji gajus di hujung adunan tadi. Sapukan telur ke atas biskut tersebut.
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit.






BISKUT BIJAN

Bahan-bahannya:
100 gram bijan
70 gram gula pasir
100 gram shortening
1 biji telur
110 gram tepung
Cara membuatnya:
1.Gula dan shortening dipukul hingga kembang.
2. Masukkan telur, tepung dan soda bikarbonat dan uli hingga sebati.
3. Bentuk adunan mengikut cita rasa sendiri dan taburkan bijan di atasnya.
4. Bakar pada suhu 180°C selama 15 minit.





BISKUT COKLAT CIP

Bahan-bahannya:

600 gram mentega
450 gram gula pasir
350 gram gula perang
4 biji telur
500 gram cip coklat
240 gram tepung jagung
1 kg tepung gandum
15 gram serbuk penaik
400 gram kacang walnut
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur perlahan-lahan kemudian masukkan coklat cip dan walnut yang dicincang.
3.Gaulkan tepung, serbuk penaik dan tepung jagung ke dalam adunan dan gaul rata.
4. Dengan menggunakan sudu makan letakkan ke atas dulang pembakar setiap sudu sehingga habis.
5. Bakar dalam ketuhar selam 15 minit pada suhu 180°C.





BISKUT KELAPA BERCOKLAT




Bahan-bahannya:
160 gram putih telur ayam
200 gram gu!a pasir halus
2 sudu air perahan lemon
1 sudu kulit lemon yang diparut
100 gram coklat masakan yang dicairkan
250 gram serbuk kelapa segera
Cara-cara membuatnya:
Pukul putih telur dan gula pasir. Panaskan di atas api kecil dan masukkan air perahan lemon dan kulit lemon, Kacau sehingga sebati. Angkat dan sisihkan ke tepi.
Tambahkan campuran kelapa dan kacau rata.
Dengan menggunakan dua sudu makan, cedok adunan dan letakkan adunan di dalam loyang yang telah disapukan dengan mentega.
Bakar selama 15 minit. Angkat dan dinginkan.
Celup satu demi satu biskut (separuh sahaja) itu ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan dan biarkan beku.
Hidangkan. Untuk tahan lama, simpan di dalam bekas yang kedap udara.






KUIH MAKMUR





Bahan-bahannya: ( lebih kurang 80 kpg )
Bahan2 doh :-
1 1/2 kg tepung gandum
250 gm mentega - lembut (Golden Churn)
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu kecil garam halus
Bahan2 inti :-
600 gm kacang tanah
250 gm mentega - lembut
400 gm gula serbuk
sedikit garam
*secukup gula kastor atau gula serbuk untuk tabur

Cara-cara membuatnya:
Cara2 membuat doh
1. Pukul mentega dan minyak sapi hingga 1/2 kembang dan masukkan tepung sedikit2 dan uli hingga boleh dibentukkan. Bubuh sedikit pewarna hijau jika ingin kuihnye kelihatan seperti daun.
2. Ambil sedikit adunan,leperkan dan isikan dengan inti yg telah disediakan. Sepit diatasnya seperti bentuk daun kemudian atur dalam dulang pembakar dan bakar dengan suhu 150’C selama 25-30 minit. Setelah masak,tabur rata dengan *gula.
Cara2 membuat inti, haruslah disediakan lebih awal :-
3. Kacang tanah dibakar dalam oven. Dibuang kulitnya dan dikisar halus. Kemudian dicampurkan dengan mentega dan gula dan digaul sebati.
4. Ambil sedikit inti dibulat-bulatkan seperti guli-guli kecil dan disimpan di dalam petisejuk.Tujuannye supaya inti tidak berderai ketika diisi ke dalam adunan doh.









CHOCO BALL




Bahan-bahannya: ( 15 biji )



70g tepung
30g serbuk koko
50g gula aising
2 sudu besar minyak masak
2-3 titik esen vanila (takde pun takpe)
1/4 sudu kecil baking powder
gula aising secukupnya
2 sudu besar susu segar
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada 180’c
2. Letak dalam mangkuk tepung, baking powder, gula dan serbuk koko. Gaulkan biar sebati.
3. Masukkan minyak dan vanila. Kacau lagi
4. Masukkan susu. Kacau sampai jadi berketul
5. Ambik adunan tadi, letakkan dalam beg plastik. Tekan-tekan biar jadi padat.
6. Kemudian bulatkan kecil-kecil dalam 12-17g.
7. Bakar selama 15 minit. Kemudian sejukkan sekejap
8. Lepas tu boleh tabur gula aising .






CORNFLAKE MILO

Bahan-bahannya: ( 10 orang )
100 Gram Mentega
100 Gram Cornflakes
100 Gram Serbuk Milo
4 Sudu Makan Golden Syrup
Cara-cara membuatnya:
1. Cornflakes di hancurkan (sederhana) disimpan di tempat bekas
2. Masak mentega hingga cair di api yang sederhana besar
3. Sudah cair masukkan golden syrup (kacau hingga sebati)
4. Masukkan Milo (Kacau hingga sebati)
5. Bila sudah sebati tuangkan kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan.
6. Bulatkan lah semasa masih panas.
7. Bila dah selesai masukkan kedalam peti sejuk (lagi sedap)






BISKUT NESTUM KISMIS





Bahan-bahannya: ( 100 Keping )
250gm butter
100gm kismis
3 cawan tepung gandum
3 cawan nestum
1 1/2 cawan gula halus
Telur 1 biji
Cara-cara membuatnya:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur esen vanilla, pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan nestum, gaul.
4. Masukkan pulas kismis dan uli adunan ikut bentuk yg digemari.
5. Bakar pada suhu 180’c selama 20 minit.






BISKUT KACANG





Bahan-bahannya: ( 200 biji )
600gm tepung gandum
600gm kacang tanah (disangai & dibuang kulit)
400gm gula castor (boleh ganti dgn gula halus)
1 cwn minyak Knife (tambah sekiranya perlu)
1 biji telur ayam
Cara-cara membuatnya:
1. Blend kacang hingga halus.
2. Masukkan kacang, tepung gandum dan gula castor ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
3. Masukkan putih telur. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati.
4. Buatkan bulat-bulat kecil. Susun atas dulang (rapat-rapat pun tak mengapa, adunan ni kembang sikit saja).
5. Sapu kuning telur & hiaskn dengan kacang. Bakar 10-15 minit, api sederhana.






Happy sharing...

Wednesday, June 29, 2011

-_-

Apa nak polah tok. Suppose ari tok tek mek org pun bonus ngan increment keluar. Tapi yalah tek, selfish punya management, sik pikir pekerja, kenak delay lagik. Tunggu ajaklah. Hopefully keluar lah tgh bulan tok... Aminnn.....

Monday, June 27, 2011

Resepi Tart Nenas Cream Cheese



Bahan-bahan



  • 300 g mentega - lembut

  • 250 g cream cheese

  • 600 g Top Flour / Tepung Gandum - diayak

  • 1 sb esen vanilla

  • 1 sb gula kastor / gula icing

  • inti nenas secukupnya

Cara-cara





  1. Pukul mentega dan cream cheese hingga rata dan masukkan gula,garam dan vanilla dan pukul terus hingga kembang.


  2. Masukkan pula tepung sedikit2 dan uli hingga mendapat doh yg lembut.


  3. Jika adunan masih melekit ditangan,tambah lagi tepung secukupnya dan uli lagi hingga doh boleh dibentukkan.


  4. Canai doh dan terap dan bubuh inti nenas ditengahnya. Bakar hingga garing dan warnanya kekuning-kuningan.


Bahan-bahan ( untuk 150-200 biji tart nenas )



  • 2 tin nenas (satu tin lebih kurang 250g)

  • 250gm gula

  • sedikit pewarna kuning (ikut suka warna yang disukai)


Cara-cara



  1. Keluarkan nenas dari dalam tin dan blend bersama air nya sekali. Kemudian tapiskan nenas yang telah diblend tadi - ketepikan air dan bolehlah dibuat jus nenas ;)

  2. masukkan nenas yang telah ditapis ke dalam periuk dan campurkan dengan gula.

  3. Masakan di atas api perlahan dan sering dikacau (takut hangit)

  4. Stelah inti agak kering, masukkan sedikit pewarna kuning atau apa2 warna yang disukai.

  5. Kacau inti sehingga warna rata dan terus kacau sehingga adunan likat.

  6. Jika inti telah agak kental (terasa berat sedikit jika dikacau) bolehlah dimatikan api dan disejukkan sebelum digunakan untuk buat kueh tart nenas.

Saturday, June 25, 2011

Resepi Biskut Mazola




Bahan-bahan



  • 200gm tepung gandum

  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus

  • 100 gm gula -kisar halus

  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya

  • Kuning telur



Cara-cara



  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dan kacang kisar.

  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.

  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.

  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.

Zon Ingga...

Tok ku molah zon ingga dik mpun lam blog ku tok. Jeles ngan kak lehot... Pembukak tirey pakei zon ingga ku mpun kali tok eh, ingga sak ati nyawa lubang perut ngan urang nok eksen gago nak kakar omputeh, tapi eh sak jak tebalit tebungkang segala dak gereymmar nya. sik tentu ke pas ten kah prezen ten kah spelling kah.... sukati nya meleygor jak.

Coba dah nama kita tok tauk dirik kita mpun tek bakok, bekelakar lah dalam bahasa ibunda kita mpun tek nak. Mun sik pakei bahasa melayu kah... tok sik gago juak nak klala omputeh... aiheh... eran nyawa ku lok... bak kata kak lehot, nak mintak tereyka kali muka kau ya nak... tok tek ada juak kait mengait dgn topik kak lehot lam cats fm ya, bahana fesbuk. toklah nya juak tek, lam fesbuk lah menatang tok tek nok diingga ku gilak ya tek...

Nak ku komen kelak lam fesbuk ya malas juak ku eh... ujong berumbak sik pasal-pasal. Bagus ngereypak sorang dirik lam blog, ati puas...

Tuesday, June 21, 2011

Resepi Biskut Cerelac

Bahan:


500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)


600-800 gm tepung gandum (sampai boleh dicanai)


16 oz ghee (1 tin ghee yg kecik) -448g


12 oz gula aising (1 oz = 28 gm) – 336gm


1 sudu teh soda bikarbonat


Cerelac (perisa susu) / Susu nespray


Cara-cara:


1. Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul ghee dan gula halus hingga sebati.

3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati. Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit-sikit dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.
4. Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana

5. Bila dah masak sira dengan susu Nespray. Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak payah bakar sampai kekuningan.

Friday, June 03, 2011

Resepi Cheddar Cheese Cake

Bahan-bahan ( 8" )



  • 140g Butter

  • 140g Margarine

  • 180g Gula Kastor

  • 3 Telur Grade A

  • 200g Tepung gandum

  • 30g Susu Tepung

  • 6g Baking Powder

  • 75g Cheddar Cheese

Cara-cara



  1. Pukul butter, margarine dan gula sehingga gebu

  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang

  3. Masukkan campuran tepung, susu tepung dan baking powder dan cheddar cheese. (Tinggalkan sedikit untuk ditabur diatas kek tapi, kalau nak buat topping cream, jangan letak sprinkles cheese ni nanti liat)

  4. Masukkan adunan kedalam bekas berukuran 8” dan taburkan parutan cheese dan gula kastor

  5. Panaskan oven selama 15 minit dan bakar adunan pada suhu 180°c selama 40 ke 50minit atau sehingga masak. Jika untuk cupcake, hanya penuhkan 2/3 dan bakar pada suhu 170°c for 20 -25 minit