Pages

Sunday, January 22, 2012

Resepi cheese cake tersedap yang aku pernah rasa...

Bahan-bahan:
200g tepung hong kong
120g tepung jagung
300g gula halus
10 biji kuning telur
9 biji putih telur
4 sudu makan ovalet
2 sudu makan baking powder
2 auns susu ideal
2 auns mentega (dicairkan)

Bahan utk cream & toppings:
1 bar cheddar cheese (diparut)
1 bar philadelphia cheese & 1 tin kecil susu manis (pukul kedua bahan hingga sebati)
*setelah cake siap, sapukan adunan philadelphia cheese & susu manis diatas cake dan lepas itu taburkan cheddar cheese yang sudah diparut diatasnya...
*sekiranya anda mahu mempelbagaikan cara hidangan kek cheese ini, anda boleh membakar adunan kek kepada dua bahagian, kemudian cream bolehlah disapu pada bahagian tengah lapisan kek tersebut. Kemudian sapu bahagian atas seperti biasa dan tabur cheddar cheese yang sudah diparut.

Cara-cara:
- Asingkan putih dan kuning telur.
(untuk kek yang lebih gebu, pukul putih telur sehingga betul-betul kembang. cara untuk mengetahui putih telur itu benar-benar kembang atau tidak, terbalikkan bekas adunan putih telur tadi, sekiranya putih telur itu melekat dalam bekas dan tidak terkeluar dari bekas, maka anda sudah berjaya memukul putih telur sampai kembang. adunan kek akan jadi fluffy sekiranya diadun dengan betul)

- Di satu bekas lain, pukul kuning telur dengan gula,kemudian masukkan ovalet, susu ideal dan pukul sehingga kembang.

- Masukkan tepung hong kong, tepung jagung baking powder dan mentega.

- Baru masukkan adunan putih telur dan pukul lagi.

- Untuk membakar adunan, guna api atas bawah, 200 darjah celcius dalam 15-20 minit (kepanasan depends dengan oven anda masing-masing. make sure to panaskan dulu oven sebelum memasukkan adunan kek tadi)

Kalau you guys nak bakar kek ni dalam bekas cup cake pun boleh... lagi cute outcome dia... as usual masukkan half adunan ke dalam setiap bekas cup cake, tak kira bekas cup cake kecik ke besar, bakar dalam oven. Pas tu dah masak boleh hias ngan cream & toppings.

Happy baking guys... :)

Friday, January 20, 2012

Another happy day with Baby Haikal

Selamat malam all readers (cheh... macam banyak org nok baca blog aku... in ur dream lah... hahaha)... saya tok baruk jak nak merilekkan dirik setelah one whole day penat melayan baby haikal ngan dady nya... siang jaga haikal... petang dady nya pulang keja, masak, berik dady haikal mamam, kemas dapur, kemas ruang tamu pas diambor oleh haikal (hehe, macam haikal ya dah pandey bejalan nak ngambor rumah...) well i like to exaggerate... baruk nampak real ckit kelelahan ya tek nak...

By the way... read it on facebook today... someone's status... Artis Izwan Pilus passed away today coz of lung infection... innalillahiwainnailaihirajiun... dari-Nya kita datang & kepada-Nya jua lah kita kembali... ajal maut, rezeki, jodoh semua ditangan Allah S.W.T. Kita juaklah manusia yang paling kerdil dimukabumi tok berbanding dengan kekuasaan Allah S.W.T. Baruk jak last month saya nangga SP1M (Selamat pagi 1 malaysia, TV1) njemput arwah dalam talk show pagi ya... regarding apa ntah konsert that he's suppose to perform in... sik sangka kan... yalah bak kata Shah Rukh Khan... KAL HO NA HO... IF TOMORROW NEVER COMES...

Cherish every single moment in your life with your loved ones... remember, if you fight, don't be too ego to make the first move to apologize... be the first one to say you're sorry eventhough it's not even your fault, because life is too short to be wasted with arguing... tell them that you love them every single day for you may not know whether you will be seing them again tomorrow...

DENG... BABY HAIKAL... mummy love you both very much... :)

2012

Syukur Alhamdulillah... we are already in the year 2012... I am now a mother... and my new year resolutions... don't know yet... but one thing for sure, i wanna become a good mother... just like my beloved mummy. She's the best mom in this whole wide world.

Rite now, in front of my hubby's lappy, blogging sambil watching my son sleeping... as usual... terkentut-kentut jak nya tido... hehe. Makes me wanna cry tauk sik... just to watch a very innocent face... he knows nothing... he's just a baby... my baby... i love him so much... Ya Allah... Mudah-mudahan aku diberik kekuatan dan kesabaran dalam menjaga dan mendidik anak aku... Sesungguhnya pendidikan dan ajaran yang baik semuanya bermula dari rumah...

I wanna take good care of my son, just like my parents take good care of me... i wanna love him, just like my parents love me... kinek tok baruk aku dapat rasa apa yang parents aku rasa... setelah aku mpun bergelar parents juak... :)

Okay... nanite...

Saturday, December 10, 2011

My Baby Haikal's Progress...

Newborn Haikal...

image_2


One Month Old Haikal...

image_3


Two Months Old Haikal...

image_1

Sik sabar nunggu Haikal besar... hehe... and this coming monday... 12/12/2011.... Haikal will be 3 months old... yaayyy....

Sunday, November 20, 2011

Resepi Donut Ball

Donut Ball

bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung

Cara-cara:

Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.

Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.

Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.

Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.

Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

Monday, September 19, 2011

My Baby Haikal



Salam semua... Lamak dah sik apdet blog.... tentetennnnn.... Mak boyong dah meletop.... 12hb September ya tek Mak boyong meletup kohh heyhhh.... sik sempat nak blogging agik kotan tek busy gilak... tok ada lapang sikit rasa nyawa, baby pun tengah tido, baruk pulang dari klinik tek check kuning nya lagik, alhamdulillah turun kuning nya dari 8 ke 4. Ari jemat tok last check. Mudahan juak makin turun.


Aku nak kongsi sikit pengalaman ku sebelum deliver first baby... 10hb ya tek... masa ya dalam lebih kurang pukul 5 pagi lah, cun dak bapak ngan mak mentua ku nak pulang ke miri... dah say gudbye pa indah tek eh... pegilah ke jamban nak shee shee... sekali ada darah, mok sik mok terpaksa pegi ke hospital limbang kinek-kinek ya juak. Nasib juak beloved husband dah ada di limbang time ya... suppose kan due aku 9hb september... Aho-aho tek nak, dah sampei hospital, alu register, alu kenak check... Masa check ya pintu rahim baruk bukak 1 cm... Nasib juak hubbyku dah ada dilimbang juak time ya...


Dipendekkan cerita... malam 11hb... pukul 10.... aku dah mula rasa sik selesa... sakit-sakit dah rasa pinggang ngan belakang... tapi lom dak extreme gilak sakitnya... berlarutan sampei keesokan harinya 12hb... pukul 1 petang... check punya check... dah 6cm bukak... so kenak soh masuk labour room... dalam labour room ya... dipecah cdak nurse air ketuban ku... pintu rahim dah bukak 8 cm... tapi baby's head gik sikmok turun... minus two... nak dijadikan cerita... baby dah berak juak dalam tummy ku, oleh kerana ya... doktor molah decision nak menyizer jak aku tok... (c-sec)... pukul 2 lebih masuk operation room... pukul 3.35 petang Haikal bin Faizal pun selamat dilahirkan....nakkah kenak bius half body... masa baby Haikal diangkat keluar dari perut... berasa aih... rasa ringan & kosong jak perut ku... hehe... x lamak lekak ya... ada dengar bunyi baby nangis... sepanjang masa aku kenak operate ya... oleh kerana lelah nahan labour pain lamak gilak & kesejokan lam operation room... aku anso-anso jak masa kenak operate, tertido... pas ya cdak gerak bangun soh kiss Haikal... Cdak mbak Haikal keluar and start gam perut aku balit... hehe... from that moment on... i'm officially a MOTHER... heheh... jadi Mak jak... boyong dah sekda gik... I LOVE MY BABY...



Tuesday, September 06, 2011

TERCIPTA UNTUKKU

Menatap indah nya senyuman diwajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata
Yang tak mampu ku ungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu
Ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu
Ku selalu milikmu
Yang mencintaimu

>> Mun aku dengar lagu tok nak... teringat balit ngan suasana masa mek org member-member semua gik masih sama-sama di kuching dolok... Happiest moment ada... Saddest moment ada... Semua pun ada masa ya... Experienced lots of things...