Pages

Tuesday, July 26, 2011

Can't Wait for That Day to Come...

Sik sabar rasanya nunggu EDD mek sampei... Finally he will be out of my tummy.... and I can hug him... kiss him.... snuggle with him....

Rite now he's kicking my tummy so hard... sampei out of shape dah perut mummy nya tok...

Hope everything will be okay... Wish all the best for us okay...

And DENG... I love you so much... Thank you for being there for me all the time....

Thursday, July 14, 2011

Cheddar Cheese Cake



Bahan-bahan



  • 250 g mentega

  • 230 g gula kastor

  • 4 biji telur Gred A

  • 80 g keju cheddar, didadu sederhana besar

  • 100 ml susu UHT

  • 280 g tepung gandum

  • 1 camca teh baking powder


Cara-cara




  1. Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.

  2. Tambah kiub-kiub keju dan gaul adunan hingga sebati.

  3. Satukan tepung bersama serbuk penaik dan diayak. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu UHT hingga habis. Gunakan speed perlahan. Gaul rata.

  4. Tuang adunan ke dalam loaf tin yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas pada dasarnya. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak.

  5. Boleh juga ditaburkan keju cheddar parut diatas adunan kek sebelum membakar (jika suka....).

Sumber dari: Mat Gebu http://www.myresepi.com/top/detail/613

Life is a challange

Minggu tok minggu yang amat tough lah bagi aku. Diharap semuanya selamat dan nasib is on my side... hopefully. Otherwise nang a very big disaster is going to happen... But hopefully I will manage... Ya Allah Ya Tuhanku... mudahan semuanya selamat... Aminn YaRabbalAlaminn....

Monday, July 11, 2011

Resepi Cup Cake simple


Bahan-bahan ( 13 biji )



  • 110g mentega

  • 110g tepung naik sendiri

  • 100g gula kastor

  • 2 biji telur

  • pewarna hijau/pandan

  • esen vanilla

Cara-cara




  1. campurkan kesemua bahan dan putar selama 3 minit

  2. isikan 1/2 adunan kedalam paper cup

  3. bakar selama 35 minit pada suhu 170



Bahan-bahan ( Boleh hias sebiji kek 1 kilo )



  • 250gm butter

  • 150gm shortening

  • 250gm icing sugar (diayak dulu)

  • 2 sudu besar susu segar

  • Pewarna ikut suka


Cara-cara



  1. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu...

  2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut

  3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata...

Sumber dari: http://www.myresepi.com/

Wednesday, July 06, 2011

Resepi Biskut-Biskut yang macam best jak...

Sumber dari : http://www.familiazam.com/biskut.htm



BISKUT JEJARI CONTINENTAL

Bahan-bahannya:
200 gram mentega
60 gram gula pasir
1 sudu esen vanila
250 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
40 gram topping coklat
40 gram topping coklat putih




Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan masukkan esen vanila.
2. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
3. Gunakan piping bag untuk membentuk biskut tadi mengikut cita rasa sendiri.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit.
5. Setelah biskut tadi sejuk, cairkan coklat menggunakan "double-boiler" dan hiaskan biskut tadi dengan menggunakan piping bag daripada
kertas yang dibentuk seperti kon dengan lubang yang kecil.
6. Susunkan biskut tadi di atas dulang dan tekankan coklat ke atas biskut sambil menggoyang-goyangkan tangan agar coklat tersebut jatuh ke
atas biskut dengan sama rata.






BISKUT GAJUS

Bahan-bahannya:
200 gram mentega
100 gram gula aising
1 biji telur
5 gram esen vanila
50 gram tepung jagung
100 gram tepung gandum
5 gram garam
10 gram gajus
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila.
3. Kemudian masukkan garam dan campurkan tepung gandum dan tepung jagung.
4. Uli bahan tersebut hingga sebati dan bentuk adunan tersebut seperti buah gajus dengan meletakkan biji gajus di hujung adunan tadi. Sapukan telur ke atas biskut tersebut.
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit.






BISKUT BIJAN

Bahan-bahannya:
100 gram bijan
70 gram gula pasir
100 gram shortening
1 biji telur
110 gram tepung
Cara membuatnya:
1.Gula dan shortening dipukul hingga kembang.
2. Masukkan telur, tepung dan soda bikarbonat dan uli hingga sebati.
3. Bentuk adunan mengikut cita rasa sendiri dan taburkan bijan di atasnya.
4. Bakar pada suhu 180°C selama 15 minit.





BISKUT COKLAT CIP

Bahan-bahannya:

600 gram mentega
450 gram gula pasir
350 gram gula perang
4 biji telur
500 gram cip coklat
240 gram tepung jagung
1 kg tepung gandum
15 gram serbuk penaik
400 gram kacang walnut
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur perlahan-lahan kemudian masukkan coklat cip dan walnut yang dicincang.
3.Gaulkan tepung, serbuk penaik dan tepung jagung ke dalam adunan dan gaul rata.
4. Dengan menggunakan sudu makan letakkan ke atas dulang pembakar setiap sudu sehingga habis.
5. Bakar dalam ketuhar selam 15 minit pada suhu 180°C.





BISKUT KELAPA BERCOKLAT




Bahan-bahannya:
160 gram putih telur ayam
200 gram gu!a pasir halus
2 sudu air perahan lemon
1 sudu kulit lemon yang diparut
100 gram coklat masakan yang dicairkan
250 gram serbuk kelapa segera
Cara-cara membuatnya:
Pukul putih telur dan gula pasir. Panaskan di atas api kecil dan masukkan air perahan lemon dan kulit lemon, Kacau sehingga sebati. Angkat dan sisihkan ke tepi.
Tambahkan campuran kelapa dan kacau rata.
Dengan menggunakan dua sudu makan, cedok adunan dan letakkan adunan di dalam loyang yang telah disapukan dengan mentega.
Bakar selama 15 minit. Angkat dan dinginkan.
Celup satu demi satu biskut (separuh sahaja) itu ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan dan biarkan beku.
Hidangkan. Untuk tahan lama, simpan di dalam bekas yang kedap udara.






KUIH MAKMUR





Bahan-bahannya: ( lebih kurang 80 kpg )
Bahan2 doh :-
1 1/2 kg tepung gandum
250 gm mentega - lembut (Golden Churn)
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu kecil garam halus
Bahan2 inti :-
600 gm kacang tanah
250 gm mentega - lembut
400 gm gula serbuk
sedikit garam
*secukup gula kastor atau gula serbuk untuk tabur

Cara-cara membuatnya:
Cara2 membuat doh
1. Pukul mentega dan minyak sapi hingga 1/2 kembang dan masukkan tepung sedikit2 dan uli hingga boleh dibentukkan. Bubuh sedikit pewarna hijau jika ingin kuihnye kelihatan seperti daun.
2. Ambil sedikit adunan,leperkan dan isikan dengan inti yg telah disediakan. Sepit diatasnya seperti bentuk daun kemudian atur dalam dulang pembakar dan bakar dengan suhu 150’C selama 25-30 minit. Setelah masak,tabur rata dengan *gula.
Cara2 membuat inti, haruslah disediakan lebih awal :-
3. Kacang tanah dibakar dalam oven. Dibuang kulitnya dan dikisar halus. Kemudian dicampurkan dengan mentega dan gula dan digaul sebati.
4. Ambil sedikit inti dibulat-bulatkan seperti guli-guli kecil dan disimpan di dalam petisejuk.Tujuannye supaya inti tidak berderai ketika diisi ke dalam adunan doh.









CHOCO BALL




Bahan-bahannya: ( 15 biji )



70g tepung
30g serbuk koko
50g gula aising
2 sudu besar minyak masak
2-3 titik esen vanila (takde pun takpe)
1/4 sudu kecil baking powder
gula aising secukupnya
2 sudu besar susu segar
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada 180’c
2. Letak dalam mangkuk tepung, baking powder, gula dan serbuk koko. Gaulkan biar sebati.
3. Masukkan minyak dan vanila. Kacau lagi
4. Masukkan susu. Kacau sampai jadi berketul
5. Ambik adunan tadi, letakkan dalam beg plastik. Tekan-tekan biar jadi padat.
6. Kemudian bulatkan kecil-kecil dalam 12-17g.
7. Bakar selama 15 minit. Kemudian sejukkan sekejap
8. Lepas tu boleh tabur gula aising .






CORNFLAKE MILO

Bahan-bahannya: ( 10 orang )
100 Gram Mentega
100 Gram Cornflakes
100 Gram Serbuk Milo
4 Sudu Makan Golden Syrup
Cara-cara membuatnya:
1. Cornflakes di hancurkan (sederhana) disimpan di tempat bekas
2. Masak mentega hingga cair di api yang sederhana besar
3. Sudah cair masukkan golden syrup (kacau hingga sebati)
4. Masukkan Milo (Kacau hingga sebati)
5. Bila sudah sebati tuangkan kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan.
6. Bulatkan lah semasa masih panas.
7. Bila dah selesai masukkan kedalam peti sejuk (lagi sedap)






BISKUT NESTUM KISMIS





Bahan-bahannya: ( 100 Keping )
250gm butter
100gm kismis
3 cawan tepung gandum
3 cawan nestum
1 1/2 cawan gula halus
Telur 1 biji
Cara-cara membuatnya:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur esen vanilla, pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan nestum, gaul.
4. Masukkan pulas kismis dan uli adunan ikut bentuk yg digemari.
5. Bakar pada suhu 180’c selama 20 minit.






BISKUT KACANG





Bahan-bahannya: ( 200 biji )
600gm tepung gandum
600gm kacang tanah (disangai & dibuang kulit)
400gm gula castor (boleh ganti dgn gula halus)
1 cwn minyak Knife (tambah sekiranya perlu)
1 biji telur ayam
Cara-cara membuatnya:
1. Blend kacang hingga halus.
2. Masukkan kacang, tepung gandum dan gula castor ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
3. Masukkan putih telur. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati.
4. Buatkan bulat-bulat kecil. Susun atas dulang (rapat-rapat pun tak mengapa, adunan ni kembang sikit saja).
5. Sapu kuning telur & hiaskn dengan kacang. Bakar 10-15 minit, api sederhana.






Happy sharing...