Bahan-bahan:
1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan horlicks
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gamdum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur
Cara-cara:
1. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder.
2. masukkan serbuk koko, gula perang, horlicks, susu segar, susu pekat dan minyak dalam periuk dan panaskan atas api kecil hingga semua larut. Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko tadi.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
5. Tuang dalam loyang yang telah disapu dgn mentega/lapik dgn kertas minyak.
6. Kukus hingga masak.
Happy baking... :)
No comments:
Post a Comment