Pages

Sunday, October 31, 2010

Mata Lom Ngantok @ 2:37 p.m.

Boi dah duak kali tido dah masuk tok, aku tok lom ngantok-ngantok gik bigik mata... Geram eh. Tiger ngan chubby pun dah berapa kali tido dah.

LAPAR @ 6:45 a.m.

Pagi tek... around 6.45 a.m nak goreng cucur pusuk. Puff!!!! Gas abis... huhu. Kenak tudung, angkut gas kosong, nak pegi kedei nukar gas. Kat Mutiara xda, kat LDA xda, kat Sg. Buton xda, Kat Sg. Pagar xda, Layangan Shopper xda, last-last balit gik ke Mutiara, ada cgek gik kedei bukak, masih juak xda.... Balit jak lah rumah. Masuk bilit boi masih titon. Nasib bait electric cooker ada. Goreng jaklah pakei benda ya... heheh... Rite now, aku ilek ilek makan cucur pusuk, posting dalam blog pasya sambung layan muvi Indiana Jones And The Kingdom of Crystal Skull.

@_@

~~sik tido mode~~ @ 05:22 am
  • bebasuh tapak mangkok
  • ngelap dinding singki
  • berus lantei dibah singki
  • nyapu uras
  • ngemop lantei
  • memain ngan chubby duak tiger... (sambil berfikir... bilalah mata ku nak ngantok agik tok... huhu)

(-_-) ~~ Resepi Kek Evergreen Kukus @ 02:46 am

Nyesal tido awal gilak tek ehh... Tok dah sik ngantok gik mata. Apa nak polah owhh... Day before yeaterday, ada ku kongsi resepi kek belacan, tapi macam lain jak, sik makey browning sugar pun. Nang ada camya kah... hehe. Kongsi jak mana ada aku tok. Xpa ney tauk ya version lain. Simple agik nya pun bahan nak. Mun mok nyem agik, tambah gik half gelas horlick. Tok nak kongsi resepi kek Evergreen kukus nok aku suka nangga gambarnya... heheh. Cantek aih, berlapis putih. Pic and recipe tok aku ambik dari http://dayangjack.blogspot.com/. Thank you dayangjack for such a beautiful and wonderful recipe...

Resepi Kek Evergreen Kukus



Bahan-bahan utk Lapisan Hijau:

10 biji kuning telur
225 gram mentega
1/3 cawan gula halus
3/4 cawan horlicks
1/2 cawan biskut marie kisar (diayak)
1/2 - 1 botol kecil pandan paste cap koepoe-koepoe

Cara-cara:

Kuning telur dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, gula halus dan mentega dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Kacau rata-rata. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Kacau hingga sebati.

Bahan-bahan utk Lapisan Putih:

1 1/4 cawan tepung gandum (diayak)
10 biji telur putih
1 cawan gula halus
1/2 tin susu manis
225 gram mentega

Cara-cara:

Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi. Didalam mangkuk berasingan, pukul mentega dan susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata.

**Kukus lapisan hijau terlebih dahulu (kira-kira 2-3 senduk nasi) dan apabila masak, tuangkan adunan putih (3 senduk nasi) diatasnya. Buatlah berlapis-lapis hingga habis. Kukus lagi selama 1 jam.

Happy sharing & happy baking... :)

Friday, October 29, 2010

Resepi Kek Belacan


Bahan2:
  • 16oz mentega
  • 10 biji telur
  • 1 gelas gula halus
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin kecil serikaya
  • 1 tin kecil nestle cream
  • 1 peket kecil horlicks
  • 2 gelas tepung gandum
  • Browning sugar secukupnya
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara2:
  1. Jerang air pengukus dan pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mengukus kek nanti
  2. Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sekata(masukkan sebiji telur,pukul lagi sebelum masukkan telur seterusnya)
  4. Masukkan esen vanilla,susu pekat manis,serikaya,nestle cream dan pukul sebati
  5. Masukkan pula horlicks, serbuk koko dan nescafe..sebatikan adunan
  6. Masukkan tepung gandum yg sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
  7. Akhir sekali masukkan browning sugar sehingga warna adunan benar2 kehitaman.
  8. Gaul adunan sehingga benar2 sekata dan sebati
  9. Sediakan loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung
  10. Masukkan adunan ke dalam loyang , tutup dengan aluminium foil(jangan rapat kerana adunan akan naik semasa dikukus) untuk mengelakkan air menitik ke atas adunan dan kukuslah selama 4 jam

Serious saya rindu ngan ktk org semua.... hehe. Muni... bila kak o baca blog awak... rasa macam awak ada klaka kat sebelah kak o jak... Reading all your stories, makes me feel closer to my little sister... Rindu awak ehhh.... Kak Nani... adalah juak mek tipon ngan nya kadang-kadang... hish... Rindu ngan ktk duak ehh... Abang suka posting pic nya ngan familynya lam fesbuk... terubat rindu nangga anak-anak buah tersayang dalam fesbuk... mummy ngan daddy.... almost everyday saya tipon ngan nya duak.... Tunggu mek pulang end of year kelak kkk.... We'll spend precious time together....

Tuesday, October 26, 2010

Semut

Kenak rumah aku banyak gilak semut. Sik tauk lah dari cney sidak tok datang. minyak gamat pun nak di agak daknya juak. Malam tok tek aku masak kari telur, ikan kembung goreng ngan sayo pucuk bandung tumis ngan bawang putih, halia ngan pusuk... heheh... nyem ada juak mamam. Teringat ngan mummy masa mamam sayo ya...

Tengah nengok-nengok gambar dalam fesbuk tek, tiba-tiba came accross gambar masa tgh keja di cmcc... time ya boi datang visit... suuuukkkkkkk gilak... ngeeeeee :)
APA KHABAR CMCC??!!!!!

Monday, October 25, 2010

Wish...

"Can we pretend that airplanes in the night sky are like shooting star, i could really use a wish right now, wish right now, wish right now..."

Aku suka lagu tok... It's a reflection of what i had in mind at this moment.

Sunday, October 24, 2010

Kek Holiday Inn

Tiap-tiap tahun hari raya aku akan molah kek tok. Nyaman aih... Tahun tok jak aku sikpat molah sebab busy giler... Let me share with you the recipe.

Bahan-bahan:

10 biji telur
16 oz mentega (aku salu guna golden butter churn)
1 botol kecil horlick
1 tin susu manis
1 tin kecil milo
2 gelas gula halus (guna segelas pun ok, kurangkan manis)
3 gelas tepung roti merry

Cara-cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung roti merry dan susu, gaul hingga rata. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian campur horlick dan satu bahagian lagi campurkan milo. Kukus berlapis-lapis hingga habis.

Happy baking.......

Saturday, October 23, 2010

Nasi Kerabu

Nasi Kerabu tok first time lah aku mamam and merasa benar-benar dilabuan tok. Dolok masa di cmcc ada juak Agnes beli bulan posa mek duak sungkei sama-sama, tapi sik pasti gilak ku camney sebenarnya rasa nasi kerabu tok. Just want to share with you all the recipe that I copy from iluvislam's blog. Nya pun dapat resepi tok dari Resepi.net. So happy sharing...

Nasi:

4 cawan beras
4 cawan air
1 batang serai dititik
2 inci kunyit hidup, ditumbuk lumat
Sedikit isi cekur, ditumbuk lumat

Cara memasak nasi utk Nasi Kerabu:
Bersihkan beras dan tanak seperti biasa bersama-sama dgn serai, kunyit & cekur.

To all of you guys yang sik tauk what is cekur. Let me explain. Menurut sumber yang aku dapat dari internet, cekur atau nama saintifiknya KAEMPFERIA GALANGA LINN, ialah sejenis tumbuhan kecil yang tumbuh dengan cara melebar diatas tanah. Cuma ada dua hingga tujuh helai daun jak. Daunnya licin, bujur and then hujung daunnya runcing. Mempunyai bunga berkaler putih-ungu. Pernah juak ku mamam bunga cekur tok dolok, mak long berik. Ada nya tanam kat depan rumah.



Kegunaan cekur:

Sebagai bahan perisa
Sebagai bahan tonik
Merawat kentut berlebihan
Menghilangkan angin dalam perut kanak-kanak
Membantu masalah penghadaman
Terseliuh
Sakit gigi
Pas ya, ubi cekur baik untuk memecahkan lemak, memanaskan badan
Melembutkan kulit, menghilangkan gatal dan menghilangkan daki
Boleh mencegah keguguran bagi wanita yang bermasalah
Boleh menghilangkan gatal tekak

Sumber dari:http://linaherbs.blogspot.com/2008/07/cekur.html

Hehe... Interval jap... Ok sambung balit resepi nasi kerabu...

Cara menghidang:
Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Letakkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili padi jeruk, tumis budu atau belacan (boleh guna salah satu jak) pastu ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung (choose lah mana satu lauk yang ktk org berkenan, jgnlah semua... hehe)

**Hidangan ini bolehlah juga dihidangkan bersama lauk-lauk kegemaran yang lain seperti rendang, ayam masak merah, kurma, kerutuk dan lain-lain.

Sambal Kelapa

1/2 biji kelapa parut
1 camca teh garam
2 camca besar gula
5 biji bawang merah, ditumbuk lumat
Sehiris halia, ditumbuk lumat
10 biji lada hitam, ditumbuk lumat

Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan dan sangai atas api kecil hingga agak kering. Kemudian tumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.

Sambal Ikan

5 ekor ikan kembung, dibakar dan diambil isinya
5 biji bawang merah
Sehiris halia

Cara-cara:
Tumbuk bawang merah, halia garam dan sedikit gula. masukkan isi ikan kembung dan tumbuk lagu sehingga hancur. Masukkan bahan-bahan ini dalam kuali dan sangai hingga kering.

Cili Padi Jeruk
Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai. Campurkan 1 camca teh garam, dua sudu besar gula dan 1/2 cawan cuka. Perapkan selama dua jam, kemudian kisar tapi jangan terlalu lumat.

Tumis Budu atau Belacan (salah satu jak pilih, mok makei budu kah atau belacan)
1 senduk budu atau 2 inci belacan dibakar
5 biji cili kering
5 biji bawang merah ditumbuk
2 biji bawang putih
Sehiris halia
1 batang seari, dititik
Sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
102 biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2 sudu air asam jawa

Cara-cara:
Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat. masukkan bahan-bahan tumbuk, budu atau belacan, serai, gula merah dan air asam jawa. Masak lagi hingga pekat dan agak kering. sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Ulam-ulaman (kesemua bahan dihiris halus kecuali taugeh)
2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
1 tangkai bunga halia @ kunyit - jika ada
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemangi
2 batang kangkung
5 batang kacang panjang
1 kuntun bunga kantan
1/2 biji timun
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih jeruk
1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya

Solok Lada
10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
1/2 biji kelapa parut putih
5 biji bawang merah
sehiris halia
2 ekor ikan kembung, diambil isinya sahaja
sedikit garam, gula dan serbuk perasa
1/4 cawan santan pekat

Cara-cara:
Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan akhir sekali ikan. Tumbuk lagi hingga lumat. Campurkan dalam kelapa parut dan sebatikan. sumbatkan kedalam lada yang telah dibuang biji tadi. Susunkan kedalam periuk. tuangkan santan pekat dan rebuskan hingga kering.

Ikan Goreng Celup Tepung
5 ekor ikan, dibersihkan dan tos
1/2 cawan tepung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:
Bancuh tepung beras bersama air kapr, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang. Panaskan minyak. Celupkan ikan kedalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.

Hish... payah ada jak nak masak nasik kerabu tok. Bagus beli jak... hehe. Ok happy cooking...

Friday, October 22, 2010

Tribute to Afifah Aliah a.k.a Agnesia

Sik lamak gik.... 20 November 2010... kakak aku (nya lahir awal nak, yalah terpaksa ditunggah kakak tok ~~ hehe) a.k.a best fren aku in this whole wide world a.k.a partner in crime a.k.a partner during happy days a.k.a partner during sad days..... boleh kata semua lah nya tok.... A very special girl in my life....~~God I miss her so much... Eh pandei melelat indah... haaa... on this particular date kelak nya akan mendirikan syurga impian bersama pemuda yang dah lamak bertakhta dihati nya.... Azmi Drahman (boleh lah tahan muka org laki tok, hikhik.... black sweet ~~ hurm black sweet kah azmi tok... mun mahathir ngan boi baca tok mesti azmi kenak selak... kihkih)... jangan marah mie ahh... ko nang hensem lamak bah... mun sik, sik lah nes sangkut ngan kau nak... hikhikhik... Aku teramat happy utk kitak duak, semoga rumah tangga yang bakal dibina berkekalan sampai syurga.... Tabah mengharungi dugaan hidup berumahtangga.... Arus & onak yang bakal diharungi berbeza bila dah selamat diijab kabul... Walaupun camya... segalanya pasti indah bila kita have each other kan... Cam mek duak boi bah... kuikui.
Aku kenal Afifah a.k.a Agnes tok dah lamak. First kamek duak jumpa masa enrol kat swinburne tahun 2002. Sama ambik Sijil Juruteknik Komputer tahap 2 ngan 3 (~~detail nya~~). Aku dolok masa kat hostel siklah berapa rapat gilak ngan nya tok, nya tok nang gudgirl... lam bilit jak study (~~maksudnya aku tok suka kayo-kayo lah masa ya... hehe :) ~~)
Bila lamak-lamak nak (sik juaklah lamak gilak, ada dalam duak bulan pas tinggal sama di hostel) aku pun mula salu nak blajar sama-sama ngan nya, sebab nya pandey matematik (~~math ku masa SPM kantoi... huhuhu!!!~~~)
Tapi yang slack nya, nya sikmok blaja ditempat lain didalam hostel ya selain dari bilit nya... (nang patut pun, sebab kmk org bisin kat luar ya tiap-tiap malam... hihihi~~~!). Lalu lah aku tok tek mun nak blaja ngan nya, pegi bilit nya mbak buku, haaa... tok lah part yang slack nok ku nak padah awal tek, yang slack nya, bilit nya tok sejuk giler, tilam, cadar ngan bantal nya lembut giler, setiap kali aku pegi sia konon nya nak blaja.... tertidur sepanjang masa.... (hehehe~~~ ya namanya abu abu~~~ uhuhu).... Tapi masa ya lom rapat mena gik mek duak.... Tibalah masa last semester course sijil mek org ya, aku, nesz ngan ahim kenak pilih praktikal kat Yayasan Sarawak (huis.... loan yayasan ku lom start bayar lah...huhuhu). Ahim kat tingkat lain, aku ngan nes sama tingkat. Office nok kat Wisma satok ya. Tapi masa ya praktikal pun sik kedak praktikal jak, sekda kerja langsung nok mek org polah. Aku boleh tido gik kat dibah meja (tapi dah kenak hadang oleh partition nak, so siklah nampak aku tidur kat dibah ya, lagik pun nesz yang setia napok aku sambil nya baca buku... hehehe)... Sampeilah kejadian nesz tersepak aku... (hehehe... sapa suruh tido dibah meja nak~~!!)... Soklan ditujukan buat Nesz sekiranya membaca blog tok >>>Ingat sik ko ngan office boi nama Hafiz ya nes?... kikiki...
Lepas abis sijil ya member-member lain termasuk aku ngan nesz ambik keputusan nak nyambung gik diploma kat swinburne ya.... dipendekkan cerita, sorang demi sorang give up.... cuma aku ngan nesz jak yang tinggal (actually adalah nok lain ya, tapi malas nak nyebut bah, tok kan tribute to Agnes...).... Lalu lah sampei abis blaja diploma ya mek duak grad..... nak dipanjangkan agik cerita tok.... mek duak sama-sama gik pursue amik bachelor.... aku amik bachelor in business & information system, nya amik bachelor business major marketing (aku salah pilih, kantoi semua subjek...~~~ hihi... kenak jumpa kaunselor~~ tukar course~~sama ngan Agnes).... Bertemu lagik kmk duak, lalulah nyewa bilit sama-sama~~~sama-sama dalam mengharungi cabaran nak grad~~~sama-sama grad.... Semuanya mek duak sama-sama.... Bila dapat keja kat Telekom Call Centre pun sama-sama.... Sama-sama juak kenak Credit Management Call Centre.... Nang berjodoh mena juak mek duak tok..... Yalah aku sayang gilak ngan Afifah a.k.a Agnesia tok.... Kmk duak selalu raya sama-sama.... Semoga Allah S.W.T selalu memberkati persahabatan kita nesz.... Segala moment-moment kita sama akan selalu ku cherish dalam hidup aku. TAHNIAH!!! Aku berdoa semoga semua persiapan berjalan dgn lancar.... Aminn!!

Masa tok lah paling best ness.... kita grad sama-sama lepas bertahun-tahun belajar.... huhuhu....

Tok masa mek org first time beraya ngan QAP9334. Hehe... bebas jak nak meraon cney-cney...

Nes... family ku family mu jua... Ingat ya ok darl...

One sweet day... ingat sik kita tiga nina release tension nengok wayang... hehe... nina!!!! I oso miss youuu!!!

Kenangan terindah di cmcc....

Before aku berhijrah ke Labuan... sempat gik mamam sama di pijjahat... hehe


I MISS YOU NESSS!!! :)

Marble Chocolate Cheese Cake



Marble chocolate cheese cake tok first aku mamam kat limbang. Ajah, kazen boi molah. Nyemmmzzzz sekali.... Pic tok dari blog mamaleza, and resepinya aku ambik dari blog hanieliza... Happy sharingggg....




Bahan-bahan A:

180 gram butter
170 gram gula castor
3 biji telur
20 gram cocoa powder (diayak)
120 gram tepung naik sendiri (diayak)
1 tbsp baking powder (diayak)

Bahan-bahan B:

250 gram cream cheese
60 gram gula castor
1 tbsp vanilla essence
1 biji telur

Cara-cara:

  1. Pukul butter dan gula sampei kembang.
  2. Masukkan telur sigek-sigek.
  3. Masukkan tepung, cocoa ngan baking powder nok dah diayak tek. Gaul rata.
  4. Dalam bekas lain, pukul semua bahan B sampei kembang.
  5. Masukkan bahan A ngan B dalam loyang, polah cam marble.
  6. Bakar dalam oven, suhu 160 degree celcius - around 60 minit.
    (dah sejuk baruk potong n mamam ok...)

Happy baking.... :)

Thursday, October 21, 2010

yEaY yEaY!!!!!


yea yeayyyyy.... cuti mek dah approve.... dah boleh mek pulang kuching ujung thn... hehehe...
tok pic masa mek duak boi picnic ngan sidak citylink masa hari raya riya...

Wednesday, October 20, 2010

everyday eveready very ready

....try try... cuba cuba... bila gik aku akan dapat apa yang aku maok tok?... but aku dah bersyukurlah dgn apa yang aku ada nek tok... huhu.. palis palis jangan jadi manusia nok sik pandey bersyukur... huhuhu
there is no certainty in this life... redah jak... but am i really ready for all of this chaos during my life journey...hurm~~~~ think think!!!! i need back up... we both need back up, don't you think my dear... but WHAT?! ~blank kejap~!

Thursday, October 14, 2010

Resepi Nasi Ayam simple...

Nasi ayam adalah salah satu favorite makanan aku. Mun pegi mamam kat luar nak, aku mesti mbak boi mamam kat Singapore Chicken Rice. Nasib bait di labuan tok ada singapore chicken rice. Dahlah sekda sugarbun nak. SCR pun jadilah. Nasi ayam yang simple versi aku...

Hidangan utk 2-3 orang

Nasi:
- 3 cawan beras
- 1 sudu besar butter
- 2 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- Garam & ajinomoto sikit (secukup rasa)

Cara-cara:
- Basuh beras macam biasa, masak dalam periuk dengan sukatan air yang sesuai.
- Panaskan butter dalam kuali (api perlahankan).
- Lepas ya tumiskan bwg putih (yg sdh di cincang) ngan halia (potong panjang).
- Dah berbau wangi tumisan ya tadik, terus masukkan dalam periuk nasi, gaulkan dengan nasi yang sedang dimasak tadik. Biar nya sebati and masak.

Selalunya utk masakan yang simple-simple jak aku akan pakei chicken wing mun masak nasi ayam. Sik juak banyak org mamam nak, cuma aku ngan boi jak.

Ayam:
- 10 ketul chicken wing (If you guys nak tambah byk pun boleh)
- 1 sudu besar Bawang merah (blender)
- 1 sudu besar Bawang putih (blender)
- 1 sudu kecil Cili (blender)
- Garam & ajinomoto (secukup rasa)

Cara-cara:
- Gaul semua bahan dengan ayam, perap lama sikit baruk goreng.

Sambal cili (Bahan & Cara-cara:)
- 5 biji cili padi (ditumbuk halus)
- 1 sudu kecil bawang putih (yang dah di blender)
- Cuka (secukup rasa)
- Gula & garam secukup rasa

Cara-cara:
- Campur semua bahan di atas. Mun mok masakkan sambal dalam kuali boleh juak. Tapi mun mok campur camya jak without masak the sambal pun ok juak.

Happy trying...

Wednesday, October 13, 2010

Nasi Dagang...

Menurut nok dibaca aku dalam internet, nasik dagang tok nang famous di kelantan and terengganu. Mun di terengganu, nasik dagang nya dimasak makei campuran beras biasa, beras pulut and santan. Side dish nya cuma ikan tongkol masak kari (kari special, rempahnya sik sama macam rempah kari ikan biasa). Pasya ada acar timun. Nyaman aih, baruk pagi tadik aku merasa camney nasik dagang tok tek... hehe... Misha cia. Duak ringgit jak sebungkus bejual di hospital. Ingat mok pesan nasik kerabu ngan Misha pagi tek, tapi sekda nak, yalah nya alu beli nasik dagang jak pakei mek duak dayang...



sik sempat nak ngambik gambar masa nasik gik masih. hehe. tok dah licin abis dah.


dayang tengah mamam kuih ngan minum aik teh susu... hehe... mamam time

------------------------------------------------------------------------------------------------

KISAH TIGER
Aku bangun pagi tadik macam biasa lah bukak pintu bilit nak terus ada tiger depan pintu, ngegeh-ngegeh nak masuk. Manja mode. Aku angkat nya, mbak keluar. Terkejut nyawa ku nangga tikar rumah mek duak boi olehnya. Nang dah rubit eh, hancor meliyo olehnya. Geram mana gik ati ku pagi tadik, nang sik terkata. Berkepong besar panjang mek duak dalam rumah ya, sakit gilak ati ku nangga tiger pagi tadik. Tapi yalah, ya juak dajal, ya juak lah penghibur hati...hehe...

tok masa nya masih kecik... lom berolah gilak


tok masa nya dah besar... berolah gilak...

Tuesday, October 12, 2010

LAKSA SARAWAK

Hujung minggu tok rasa mok masak laksa jak. Laksa sarawak. Tapi di labuan tok, jenama nok salu dipakey mummy ya macam sekda jual. Ada jual nok brand nyonya. Pernah juak aku coba sekali brand ya, tapi sik kaw macam brand nok salu dipakei mummy ya. Apakah nama brand ya, aku pun lupak dah. Aku nak kongsi ngan org labuan camney molah laksa sarawak yang paling simple, tapi ekot cara aku lah. Masing-masing org ada cara dikpun nak. Ok, bahan-bahan yang aku perlu mun nak molah laksa sarawak versi aku ialah... ceng ceng...



Gambar tok aku ambik dari:http://www.sambalsatu.com/laksa.php




Bahan-bahan:


Utk kuah:-


1 bungkus perencah laksa sarawak (beli jak mana-mana brand yang ada depan mata, sama jak rasanya bila dimasak kelak)

Santan

Garam & ajinomoto secukup rasa



**Sorry lah sebab aku sik akan sediakan sukatan nya sebab mun ktk org dah beli perencah ya kelak nak, nang dah sedia pun sukatan nya dekat belakang peket perencah ya... Tok just nak berkongsi camney aku molah resepi versi aku bah... hehe.



Cara aku:

Mula mula aku akan rebus dolok perencah laksa ya sampei nya boiling. And then, aku akan tapis kuah laksa yang aku dah rebus tadik ya. Ada orang, nya sik akan tapis, sebab nya sikmok rasa ya ilang. Tapi mun aku, aku tapis sebab aku sik suka sisa-sisa perencah ya ngaco time aku nak enjoy ngirup kuah laksa. Sekda heng makan laksa nok ada tekih, nyuruh batuk jak gatal segala dak tekak. Okeh, lepas aku tapis kuah laksa ya, aku akan rebus agik sekali, dah nya ngeredak, baruk aku ngkah santan, kejap rasa terus aku akan tutup api. Sik kelak santan ku berketul-ketul dalam kuah ya... sik nyem kelak. Ops lupak, ngkah juak garam ngan aji secukup rasa ok.



Aku sik tauk lah camney nak ngelar bahan pakei makan laksa tok. Sekpa aku ngkah jak bahan utk mamam laksa ok.



Bahan utk mamam laksa:


Bihun

Udang - tok mun aku cukup bajet, mun sik aku skip udang tok selalunya... hehehe

Ayam - selalunya aku akan beli bahagian dada manok, byk isik.. heheh

Telur

Taugeh

Sambal Belacan - Tok selalunya aku akan polah camtok, aku blender dolok cili padi ya, pasya baruk aku tutuk dalam lesung campur sekali ngan belacan. Aku takut bigik cabik ya merancit masuk lam mata... hekhek.



Bihun aku akan celur - selalunya style aku celur bihun cam tok, aku rebus lok air lam kuali, pas ya aku tandah nya ngeredak, dah air ya ngeredak, aku terus tutup api and then baruk ku rendam bihun ya lam kuali nok dah ngeredak air tek. dah licak sikit rasa mee ya nak, macam dah rasa ok jak nak dimakan, sik keras, terus tapis and aku akan rendam mee ya dalam air sejuk dolok, tujuannya sik mee ya melekat-lekat.

Ayam ya aku akan rebus juak, tapi aku rebus sekali dengan rempah tumis supaya ayam ya sik lantoh, aku akan ngkah garam ngan aji juak utk perasa. After ayam ya masak, aku akan tandah nya sejuk jap pasya baruk aku meretin nya halus-halus.

Telur aku akan polah nya dadar, campur garam sikit, goreng, pasya hiris halus.

Taugeh, celur jak cam biasa.


Dah semua ya habis ku sedia... siaplah laksa versi aku... tinggal nak mamam jak lagik. Kelaklah mun aku dah molah laksa hujung minggu tok, baruk ku upload gambarnya pakei ktk org tanggar ok.



Predicted conversation between me and boi kelak...



Hana: Deng, hujung minggu tok tak mok mek masak apa?... (sambil meluk tiger ~~pusak kesayangan boi yang jahat~~)

Boi: Ne tauk eh, sukati kitak... (sambil main psp - game tekken)

Hana: Mek masak laksa ah. Lamak sik mam laksa aih...

Boi: Ok...

Aku rasa yalah jawapan boi kelak mun aku nanyak ngan nya malam tok... Hehe. Chow...

Monday, October 11, 2010

Sumber: http://www.daftarwarisan.gov.my



Kuih Seri Muka...

Salah Satu kuih tradisional yang paling aku minat mun nak berbeli kuih masa bulan posa ataupun bulan sik posa... heheh... Tapi nangga juaklah, jangan juak kuih ya keras gilak. Sik juak nyaman. Licak gilak pun sik juak nyaman. Sedang sedanglah kelicakan and kekerasan ya ya. hihi. Selalu jak aku ncarik resepi kuih ya lam internet, tapi sik juak aku molah-molah.
Tiba-tiba jak pagi tek dayang suruh aku print resepi kuih seri muka, yalah alu teringat-ingat ngan rumah nok every pagi mek duak muni salu meli kuih ya sebelum nganta muni turun sekolah. I'm missing that moment very much...
Ok bah, tanpa membuang masa agik tok aku kongsi resepi nok aku ngan dayang baca dari blog hanieliza. Tapi sik juak handred persen sama lah. ada juak dimodified aku sikit-sikit ekot kebiasaan yang aku tauk. Sebelum ya juh kita baca dolok cney asal usul kuih seri muka tok...


Latar belakang sejarah:

Kuih Seri Muka merupakan salah satu daripada kuih tradisional dikalangan masyarakat melayu di negara kita. Suatu ketika dulu ia nya menjadi pilihan utama untuk majlis-majlis keramaian. Kuih ini juga sesuai untuk dijadikan hidangan ketika sarapan pagi mahupun minum petang. Keistimewaan kuih ini adalah dimana, pulut yang telah dikukus kemudiannya dilapiskan dengan campuran tepung, gula dan santan dibahagian atasnya serta dikukus hingga masak. kuih seri muka ini boleh juga didapati dalam dua warna samada hijau ataupun coklat.

Sumber: Jabatan Warisan Negara (http://www.daftarwarisan.gov.my/)



Resepi Kuih Seri Muka

Lapisan bawah:

2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair (tambah sedikit garam utk rasa)

Lapisan atas:

2 cawan santan pekat
1 sudu kecil perasa pandan (Pakei nok jenama koepoe koepoe ya ok juak rasanya)
1/2 cawan gula halus
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung kastad (mun nak makei tepung jagung pun ok juak)
1 biji telur (tapi ada org makei 3 igek telur)
Garam secukup rasa

Cara-cara:

Lapisan bawah:

  1. Basuh dan rendam beras pulut selama tiga jam sebelum dimasak.
  2. Kukus beras pulut hingga masak (jangan lembik gilak kelak sik nyem...)
  3. Lapikkan plastik dalam loyang.
  4. Tekankan pulut yang sudah masak kedalam loyang supaya mampat.

Lapisan atas:

  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk, kacau rata dan tapiskan.
  2. Tuangkan diatas pulut yang sudah disediakan dalam loyang tadi.
  3. Kukus semula hingga lapisan atas masak.

Sumber: http://hanieliza.fotopages.com

Makseh hanieliza and selamat mencuba....

Friday, October 08, 2010

PAGI JUMAAT... KAT OFIS... BORING DUDUK SORANG DALAM OFIS TOK. STAFF LAIN SUMA PI MINUM PAGI... DESPATCH SEMUA PEGI DELIVER BARANG...SIK SANGKA JUAK AKU AKAN KEJA JAUH GITOK DARI MUMMY NGAN DADDY... RINDU NGAN FAMILY. TAPI KINEK TOK TEMPAT AKU NANG DI SITOK... DISAMPING HUSBAND TERCHENTA...

TAPI KINEK TOK BINGUNG JUAK NYAWA NGAN DADDY NGAN MUMMY DI KUCHING NUN... DAH MASA TOK MUMMY KENAK TAHAN DI HOSPITAL. PANDEY-PANDEY DADDY LAH DIAM SORANG. WALAUPUN ABANG NGAN KAK AZA ADA DI RUMAH, TAPI SIK SAMA JAGA NYA DUAK NGAN JAGA MUMMU PAKEI DADDY. SEDIH ADA JUAK ATI NGENANG DADDY SORANG, DAHLAH NYA SUKA BEROLAH, TAKUT JAK ABANG NGANOK NYA KELAK... JADI KEDAK MIAK KECIK BALIT DAH ORANG TUA YA. YA ALLAH... MUDAH-MUDAHAN KESIHATAN MUMMY NGAN DADDY SENTIASA BAIT, MUDAHAN JUAK HATI NYA DUAK SENTIASA SENANG & TENANG, JANGAN SUSAH... AMINN....

Thursday, October 07, 2010


HAPPIEST MOMENT IN OUR LIFE....
Tok masa mek duak majlis bersanding kat limbang. Kelak lah mun ada masa kmk upload agik gambar nok best-best ok. Lamak dah sik nge-blog tok. Tok baruk nak start agik. Insyaallah akan meng-update sepanjang masa.