Dengan sik disangka-sangka... saya ari tok tek main youcam di lappy. Ngambik lah gamba tek nak, rasa dirik kiut... bila saya nangga date paling last saya ngambik gamba makey youcam tok tek ehh, guess what!!!!!!!!!!!! It was exactlty this same date last year... heeeee... Pic A (last year), Pic B (just now)... xda banyak beza pun saya setahun yang lepas. Haikal makin besar and saya pun makin gemssss meaning gemoks. Apa-apa pun saya okay. Ehh... sik okay. Ada batu karang dalam perut. Sapa suroh sik jaga makan. Next week jumpa Dr. Ong agik. Molah appointment for operation. Susah2 gi hospital gomen jak kelak. Mun di limbang xda, di miri jak. Xmok saya nak operate di labuan tok. Doktor pun xda suggest operate ctok. Nak dianta nya saya ke KK nun. xde makne nak bekorek perut di KK nun. Bagus gik di tempat dirik. Ada mak k nulong nangga Haikal. Ngantok dah. Esokk lusak cita agik. KBAI!!
Pages
Monday, April 29, 2013
Monday, March 25, 2013
Titipan buat Suami...
Saya x pernah minta emas permata....
Cuma minta pengertian... kefahaman awak dengan tugas saya...
Bukan setakat saya ada tugas di rumah... Saya pun ada tugas di pejabat.
Bila saya bukak mata bangun pagi jak... bermula rutin harian saya....
Masak air panas pakei anak mandi... sediakan bekalan anak ke taska...
Iron baju awak... Bangunkan anak... buat susu anak... berik anak mandi...
Kemas anak, pakaikan anak baju... saya mandi... kemas diri sendiri...
Bangunkan awak... turun hantar anak ke taska... saya pergi kerja... di tempat kerja 9 jam saya busy...
balik keja pukul 5 lebih... ambil anak di taska... sampai rumah... masak air panas utk anak mandi... berik anak mandi... kemas anak, pakaikan anak baju... masak pakei awak dan anak mamam malam... suap anak mamam malam... anak kenyang dah... saya curi masa mandi kejap... teman anak main sampai anak tertido...
Pinggang saya sakit... dan pasya baru saya tertido sekali dengan anak... Saya bahagia... Kalau lah saya ter'membebel' dengan awak, saya minta maaf minta ampun. Saya x sengaja... Saya tauk awak pun penat cari rezeki pakei kita anak-beranak... Saya sayang awak... Saya sayang anak kita.... Saya sayang keluarga kita...

Friday, March 15, 2013
RESEPI APAM BALIK
- 2 cawan tepung gandum
- ½ cawan gula
- 1 sudu teh soda bicarbonate
- 1 sudu teh baking powder
- Sedikit pewarna kuning
- 1 biji telur
- 1½ cawan air
- Sedikit mentega/planta untuk mengoles
- Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar + sedikit gula
Cara-cara
- Mesin gula bersama telur hingga kembang,
- Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung + baking powder (diayak bersama) dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
- Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
- Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
- Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!
Sunday, September 16, 2012
.....
Ektibiti malam tok adalah post status berkali-kali dalam fesbuk.... boring sebab boi xda... huhu
Angol sepanjang hari, makin lepas raya tok eh, makin bizi di opis. sesak napas. work overload.
Aku bencik ngan superior yang suka lepas tangan ngan kerja dikpun and suka mindah tanggungjawab yang sepatutnya bukan kerja kita..... jadi kerja kita. Bila salah kita lah kenak marahhhh.... Best nak.
Sekian untok hari tok.... kbai.

Monday, May 07, 2012
RESEPI VICO BALL
BAHAN-BAHAN:
Setengah buku mentega golden churn (unsalted)
100 gm vico
30 gm susu manis
30 gm nestum
1 biji telur grade c
100 gm biskut marie (dihancurkan)
lebihan nestum untuk menggolek vico ball yg telah dibulatkan
Cara-cara:
- Panaskan kuali dengan api kecil.
- Masukkan mentega hingga berbuih dan masukkan susu manis dan telur dan gaul cepat dengan menggunakan whisk.
- Sesudah sebati masukkan vico dan gaul sebati.
- Lepas tu masukkan nestum dan gaul sebati dalam masa 15 minit tutup api.
- Masukkan biskut marie dan gaul dengan menggunakan gegawi jgn gunakan whisk lagi.
- Tunggu adunan sejuk barulah dibulatkan mengikut citarasa masing2.
- Lepas itu digolekkan kearah nestum.
- Sedia untuk dimakan.
Monday, March 26, 2012
Resepi Apam Polkadot

Untuk menghasilkan Apam Polkadot yang gebu2 dan comel:
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)
Langkah-langkahnya:
1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
Happy baking...
Saturday, January 28, 2012
SIHAT SELALU: FAQ Tentang Bayi Demam
SIHAT SELALU: FAQ Tentang Bayi Demam: Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan. Makrofaj iaitu sel 'pembersih' dalam badan kita sentiasa dalam keadaan berkawal. Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman.
Bayi selalunya akan demam selepas menerima imunisasi. Demam juga boleh diikuti dengan selsema, sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (seperti pneumonia, krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari.
Apakah suhu badan yang normal bagi seorang bayi?
Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah 36.5 darjah Celcius sehingga 37.8 darjah Celcius. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar. Sebab itu jika anda perasan, bayi kebiasaanya akan mempunyai badan yang panas. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 37.7 darjah Celcius pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah Celcius pada waktu petang.
Bagaimana saya boleh tahu sama ada demam bayi saya ini serius atau tidak?
Apa yang lebih penting untuk diperhatikan adalah bukan suhu badannya sahaja tetapi kelakuan bayi itu sendiri. Sekiranya suhu badan bayi tersebut meningkat kepada 38.9 darjah celcius tetapi dia aktif, masih mempunyai selera makan dan menyusu dengan baik maka tidaklah perlu dirisaukan sangat. Tetapi jika suhu badannya hanya 38.2 darjah celcius dan dia tidak aktif, tidak ada selera makan, meragam dan sukar untuk ditenangkan maka bawalah bayi untuk pemeriksaan lanjut.
Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril. Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari 2 minit. Jika serangan berlaku lebih dari 4 minit, hubungi ambulans untuk membawa anak anda ke bahagian Kemalangan dan Kecemasan dengan segera atau bawa bayi anda ke hospital.
Semasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. Hubungi doktor anda apabila serangan sudah reda.
Bagaimana saya boleh mengesan demam?
Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75%). Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia 3 tahun.
Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang 5 minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.
Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta.
Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam bayi saya?
Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah merawat demam :
* Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada 8 minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia 2 bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.
* Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
* Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.
* Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu susu badan atau susu formula . Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.
* Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda - biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.
* Jangan letakkan bayi anda di atas katil sahaja. Walau pun dia tidak boleh terlalu aktif, aktiviti sederhana adalah baik.
* Jangan biarkan anak anda kelaparan - bayi yang sakit memerlukan banyak kalori dan cecair.
Jangan risau sangat. Sesetengah bayi mungkin demam dan berkelakuan seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi dengan jagaan yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera.