Pages

Friday, May 20, 2011

Kek Batik

Rasa cam nak molah kek batik jak this week...

Bahan-bahan:


  • Sebungkus biskut marie (patah2 kan)

  • 1/2 buku butter

  • 2 biji telur

  • 1/2 cawan serbuk koko

  • 1 cawan milo

  • 1 cawan susu pekat

  • 1/2 cawan air

  • 1 cawan biskut marie (kisar halus)

Cara-cara:


  • Patah-patahkan biskut

  • Dalam periuk, campurkan koko, milo, air, susu pekat. Dgn api sederhana kacau semua sampai larut.

  • Masukkan butter dan kacau sampai cair.

  • Masukkan biskut marie yang sdh dikisar, terus kacau hingga sebati.

  • Kecilkan api, masukkan telur. Kacau sampai adunan agak pekat. Padamkan api.

  • Masukkan biskut yang sdh dipatahkan tadi dan kacau sampai semua diselaputi coklat.

  • Masukkan dalam loyang, tekan2 biar padat dan masukkan dalam peti sejuk before dipotong dan dihidang utk mamam...

Wednesday, May 18, 2011

-_-

Life. Aku sik tauk apa nak dipadah tenteng life ku kinek tok. Happy kah aku tok, sik happy kah aku tok, aku pun sik pasti juak. tapi yang pasti aku rindu ngan family. Aku sik sangka labuan tok jauh gilak kedak tok, mun setanah ngan kuching, miri ngan limbang aku sik lalek. Bila-bila masa aku nak balit, aku boleh balit k keta. Insyaallah satu hari kelak, bila life mek duak boi dah okay sikit, stabil, aku akan pulang juak ke tanahair ku mpun, Sarawak.

Monday, May 16, 2011

Rasa Nak Molah Chocolate Cake...

Kek Coklat(Kukus)

Inspired from myresepi.com


Bahan-bahan



  • 1 cawan gula

  • 1 cawan susu segar perisa coklat

  • 1 cawan minyak

  • 3/4 cawan milo/koko

  • 3/4 cawan horlicks

  • 1/2 cawan susu pekat manis

  • 1 1/4 cawan tepung gandum

  • 1 sudu teh soda bikarbonat

  • 1 sudu teh baking powder

  • 4 biji telur


Cara-cara




  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder


  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.


  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.


  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.


  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.


  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.


  7. Angkat dan sejukkan.